jom ikut ku

Monday, February 14, 2011


assalamualaikum...

lamanye rasa x hupdate belog ni...bukan sebab tak online , bukan sebab tak ada masa tapi entah ler..tabiat kemalasan tu makin mengompol dan terus mengompol..kenkadang tak tau nak cerita apa ntah..hari2 bukak belog org duk baca2 cerita org je hihi.

bercerita mengenai alam kerja sekarang..bergelar seorang guru dah makin menyeronokkan..makin hari makin ada kemajuan..makin hari dah makin mahir nak tackle budak2..di sini ada satu cerita mengenai student aku sorang tu..dia ni student berbangsa cina, apa nama ntah x pasti sangat, aku x dpt nak ingat sgt nama2 budak cina sebab nama derang susah nak sebut yang aku ingat nama2 budak kelas aku jer...ok senang nak sebut aku gelar dia Ah Chan la yek..Ah Chan ni dikenali sebagai seorang 'taiko' di sekolah tu..dia duduk kelas 2F..taiko ni maksudnye dia ketua samseng la pastu si taiko ni ada pengikut2 dia tersendiri..dia ni gemok, selekeh dan selalu mukanya masam jek...aku mmg ajor kelas 2F untuk subjek PSV..mcm mana aku dapat tackle dia ni suh buat keja ??? huihhh makan masa jugak....masa mula2 kelas dulu mmg aku selalu marah dan tinggi suara kat dia..makin kita tinggi suara makin dia melawan..so x menjadi ..buat sakit tekak aku jek huhu


last2 aku guna cara baik...pergi kat dia, ngadap muka dia..cakap pandang mata dia..puji dia..xde barang belajor aku bg pinjam barang aku..last2 dia cair..aku pun x sangka masa masuk kelas untuk PSV minggu lepas ada nampak kemajuan pada Ah Chan..macam x caya plak aku dia bawak satu blok kertas lukisan untuk belajar melukis hehehehe..so minggu lepas aku senang hati nak ajor kelas 2F..dan skrg Puan Ding sengaja lantik Ah Chan untuk jadi pengawas sekolah..dalam tempoh sebulan ni dia masih lg dlm tempoh pengawas percubaan..mana lah tau nanti dia boleh berubah kan..secara x langsung dia boleh tackle anak2 buah dia plak sb dia mmg ada pengaruh besar dalam kalangan budak2 cina yang degil kat sekolah tu......moga2 dia menjadi pelajar yang baik..aminnn

kesimpulannya kat sini boleh aku katakan..kita sebagai seorang guru x perlulah nak garang2 sangat ngan budak..garang bior bertempat la yek..pelajar2 itu anak2 yang taktau pape..kadang2 kat rumah belom tentu mereka dapat asuhan lengkap dari ibu bapa..didik mereka biar dengan senang hati supaya ilmu yang kita ajor menjadi berkat seterusnya dapat bantu mereka supaya mereka terang hati dan boleh jawab exam dan yang penting sekali asuhan dari kita tu yang buat mereka sedor diri dan jadi manusia yang berguna nanti...

cara aku mengajor skrg senang sajek..sebelom ngajo aku warning awal2 " cikgu mengajar secara iklas, sesapa yang rasa x nak belajar, sila keluar sekarang..cikgu x marah...~stop~" bila semua dah senyap..ambik masa setengah minit, pantau semua..bila semua dah bersedia baru start ngajo hihihi.. kan senang.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails