jom ikut ku

Friday, May 13, 2011

selamat hari ibu


walaupun hari ibu dah berlalu..x bermakna sy x boleh post berkaitan hari ibu lagi kan ...siapa ibu saya?? ibu saya bernama Pn Noriah bt Husin..seorang wanita yang tabah, cekal mengharungi liku2 hidup yang penuh dugaan...hanya kami anak beranak yg tahu..mak merupakan anak yatim semenjak dia berumur 10 tahun..kene berhenti sekolah jaga adik2..umur 16 tahun dah kene kawen..

hmmmm kisah perkahwinan ngan ayah sy x mau lah cerita..perit jerih membesarkan 9 org anak yg bermacam-macam ragam..bila teringatkan kisah hidup mak sy rasanya boleh dibuat buku...itulah mak sy..semoga Allah merahmati mak hingga ke syurga..sesungguhnya setiap dugaan yang Allah berikan itu ada hikmahnya dan Dia tahu setiap tahap kemampuan hamba2nya...

kadang-kadang sy nampak mak nangis sorang-sorang bila terdengar mslh yg berlaku kat kampung...hmmmm nampak gaya x tercapai impian sy nak suruh mak duduk lama ngan sy kat KL ni..kalau boleh untuk selama-lamanya..dimana sy pergi sy nak bawak mak bersama..baru ni mak ckp cuti sekolah ni mak nak balik terus ke kampung huhuhu....xpe mak..byk masa lagi..kalau suma dah ok nanti sy akan ambik mak semula...apa yang berlaku di kampung???? hmmm masalh kuarga yang x sudah2...sian mak....

semoga sy menjadi seorang ibu yang tabah dan cekal mcm mak sy...mak selalu pesan, "apa yang berlaku dalam kuarga suh jadikan tauladan..didik lah anak2 dgn cara yang elok sebab suma anak2 mak dpt suami yang baik, x mcm mak" .....


inilah wajah dua buah hati saya..mak dan haikal...I LOVE U

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails