jom ikut ku

Saturday, October 6, 2012

keje banyak sampai jadi malas :(

Saya seorang guru..guru subjek sejarah dan seni visual..bukan ade masalah tentang subjek yang di ajar tapi ada masalah dengan perlaksanaan sistem yang menggantikan sistem exam sebelum ni iaitu PBS(pentaksiran berasaskan sekolah)..

yang jadi masalah ni sb kami sbg perlaksana ni diberi pendedahan terlalu lambat, dalam bulan Jun baru dipanggil kursus, bayangkan kalau dah bulan 6..hampir 5 bab dah budak2 belajar..tetiba kene cover balik dari bab 1 semata-mata untuk buat PBS..dah byk masa terganggu..nak habeskan silibus sampai bab 11..idak ke semput..sape yang mengalami tau la keparahannyee...huhu
Tapi..ape kan daya..itulah pilihan kerjaya yang yang saye nak..dah memang ketentuan Allah rezekiku di situ..jadi terima aje lah dengan seadanya..mungkin tahun ni aje agak kelam kelibut..akan datang mungkin nampak la positifnye sistem ni..harap2 la...

Sila tengok gambar di bawah..ini keja si kecik haikal..ibu tinggal kejap je sb masuk bilik air..habes berterabur satu bilik kertas2 PBS budak2....huhu nangis ibu nak kutip balik..kene pilih2 asingkan ikut bab huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

kene kuatkan semangat untuk siapkan menanda kertas2 PBS nih then key in online..x lama lagi SU exam dah nak buat analisis tahunan...
so..kesimpulannye..malas ke nangis ke..kene buat jugak hocey!!!! huhuhuhu

Tuesday, August 14, 2012

bersua kembali :)

salam Ramadhan semua...
huihhh lama betul rasa tak menjenguk ke laman sesawang ni..hikhik..yang boleh terdetik nak buat entry semula ni sebab kawan kat skolah tadi..cikgu Diyana..duk tya2 sape yg pandai buat masak daging masak hitam..saya terdengar lah pengumuman tu kemudian ckp yg saya tau..hikhik..dia tanya mcm mana..saya jawab lah, kalau nak tau kene lah bukak blog sebab saya penah pos entry pasal masak menu tu kat situ..dia pon bukak..................
haihhhhh rindu la plak bila tengok balik blog ni..lama sangat tinggalkan dia..last update bulan november tahun lepas..skrg dah bulan Ogos 2012..huhu hampir 9 bulan...kalau peknen dah nak besalin kihkih
tengok lah my hensem boy ni..dah besor dah..gigi dah penuh..dah pandai ckp2..panggil ibu ayah..mcm2 ragam..cyg anak ibu!!! nak raya ni rambut x potong lagi..esok lusa kita g potong rambut okei :p

baru2 ni g jejalan rayau2 sekitar sini je..masuk KLFC, JJ wangsa maju..igt nak soping raya tapi misi x berapa berjaya sb sebok layan si kecik ni ..mcm2 ragam huhu

tapi paling best ayah (gula2 hatiku) bagi hadiah ni.............
.
.
.
.
.
waaaaaaaahhh..macam mimpi....sebenarnya mmg ada niat nak beli jam tgn baru sb jam lama dah lama rosak sb talinya putus tapi x beli2..dah set dlm bajet, klu nak beli pon nak yg harga rm150 ke bawah jek, ape brand x kesah...
tetiba....
masa jalan2 dlm KLFC, saje masuk ke kedai jam sambil tgok2 sekitar brand Bonia..mmg agak kecur..pastu ckp kat gula2 hati.."abang, ayg tgok ada cikgu kat skolah tu selamba je pakai bonia..best kan?hehehe" dia pon gelak2...
my hensem boy plak buat perangai nak main belon ntah dpt dari mana kat luar kedai tu..so ibu terpaksa layan...haikal main sepak2, duduk2 atas belon..x mau ibu dukung..hmmm x de peluang ibu nak cuci2 mata tgok jam...
tetiba...ayah panggil dari dlm kedai..
"yang...mai sini"
 "nape bang?".....
"pilih mana satu ayang nak....."
atas meja kedai tu ade beberapa design suma tajuk Bonia..
pastu saya dgn gigih memilih..konon2...tp mmg nak design petak..yg bulat x pandang pon..tapi terdetik dlm hati.."abg ni nak beli ke?..harga boleh tahan 5 ratus lebih..bg saya ni dah kira level BAPAK MAHAI!!
"bia betul abg..abg belikan ke..abg bayo?"
"ambik la satu" si gula2 hati ckp.....
hehehehehehe..tersengih lebar...dan akhirnya dpt la satu..TIMA KASIH ABG!!
tapi dalam kreta abg ada ckp "puas hati abg dpt beli jam tgn yg baik kat ayg..agak2 ayg nak bg ape plak kat abg?" sambil gelak2.........
haihhh....hihihihi

mcm mimpi dpt jam tgn bonia plak2 pemberian dr suami tersayang....
mlm tu tido mmg asik mimpi2 pasal soping jek..kehkehkeh....


p/s - berkat usaha gigih..skrg syarikat abg makin meningkat naik..semoga Allah memberkati rezeki keluarga kami..segala nikmat yg diberikan hanya untuk menuju ke jalanMu...amin ya rabbal alamin..






Thursday, November 17, 2011

perbualan bayi sebelum kelahirannya

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
salam semua....

amat lama tak update entry kat blog ni...tetiba je hari ni tangan terasa macam nak menaip....
hakikatnya, kehidupan sangat indah apabila kita bijak menghargai nikmat yang Allah bagi..nikmat rezeki..keluarga...tempat tinggal..kalau ikut darah muda memang asik nak stress, merungut, marah..sedangkan yang ada depan mata tu memang dah cukup sempurna..itulah namanya manusia kan, ada saja yang tak kene..terutama sekali aku hehe..
memang tak dinafikan hidup dalam berumah tangga ni byk pancarobanya..tapi makin hari makin stabil apabila aku dapat kawal kesabaran dan belajar untuk menjadi isteri yg memahami..idok la asik nak mengomel aje..dah memangnya aku seorang yg garang tapi dalam hati ada taman tau huhuhu...
hujung bulan ni haikal dah nak masuk setahun umurnya..cadang2 nak buat majlis kesyukuran kat kampung di Maran..buat kat sana syok sebab ramai sedara mara..buat sekali untuk haikal..ibu dan ayah boley gitu? yela senang tarikh besday dekat2..selang 3 hari je setiap org


Tuesday, September 27, 2011

no tittle

salam semua....sudah lama tak update blog ni..banyak sebenarnye yg nak diceritakan tapi...entahlah......saya mmg silent reader yang tegar..hari2 bukak blog tapi suka baca2 entry org lain je..nak update blog sendiri xde mood......

hmmmm...entahlah..diri rasa x best sgt bila pikir2 pasal manusia ni...walaupon manusia itu adalah husben kita sendiri tapi susah nak fahami...entah laaaaaaa..malas nak ckp...

skrg yang menjadi penguat adalah anak kesayanganku, haikal.......manusia tidak pernah nak bersyukur..tak pernah nak menghargai..diluah mati mak, di telan mati bapak....

sudah lah.........byeeeeeeeeeeeeeeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails