jom ikut ku

Tuesday, November 3, 2009

sinar hidupku....


hari ini..tanggal 2 November 09 (isnin) bersamaan jugak dgn tarikh kelahiran adik bongsuku, Mohd Karim..aku bersendirian membawa diri pergi ke library utk ulang kaji pelajaran memandangkan exam Metodologi Pengajaran PSV akan bermula 2 hari lg.. di lebri aku mencari satu sudut yg agak terpencil drpd org lain tujuannya adlh utk mendapatkan sedikit privacy. lokasinya agak indah, di tepi tingkap, bertentangan dgn persekitaran bukit-bukau yg hijau, awan yg biru, di selang seli dgn laluan burung layang-layang yg bertebangan.. melihat pd keindahan awan..membuatkan diriku seolah-olah teringin sgt nak menuju ke situ..sangat indah ciptaan Allah..tiada satu pun yg dpt menandinginya...

lebih 2 mggu aku x balik mengjenguk suami tercinta..apalah khabarnya dia di sana..2 3 hari ni dah rasa lain macam je perangainya..aku asik nak merajuk je ngan dia..mungkin dek panahan rindu kut huhuhu..hmmmm..itu rindu pd suami..lg satu rindu yg x diubati lg iaitu rindu pd kedua ibu bapaku..rasanya dah hampir 2 bulan aku x menjengah mereka di kampung...arghhhhhhhhhhhh..berkecamuk rasanya diri ini..final project, final exam, suami, mak ayah..rasa mcm nak menjerit je sekuat hati....

tapi tak mengapalah aku sedar dan aku percaya bahawa Allah sentiasa berada di sisiku. Apa2 pun yg berlaku semua ada hikmahnya. jauh di sudut hatiku rasanya x sabar nak habiskan semester ni, bulan satu start praktikum, lakukan yg terbaik dan graduate....

ya Allah yg tuhanku, kau permudahkan lah jalan kehidupanku utk mencari sebuah kejayaan. sememangnya niat utamaku adalah untuk memberi sinar kebahgiaan kpd kedua org tuanku iaitu dgn meliaht anaknya ini dpt menggenggam segulung ijazah

kini aku sedar..bahawa aku harus lebih tabah dalam mengharungi liku2 kehidupan waktu belajar kerana aku percaya suatu hari nt ia akan menjadi kenangan yg terindah dlm kamus hidupku...

semoga Allah memberkati niat baikku dan memberi kesejahteraan kpd seluruh ahli keluargaku..aminn...

Wednesday, October 28, 2009

renungan untuk diri sendiri..............


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan
biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..


Jangan
mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan
bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.




Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Monday, October 26, 2009

heppy....ikatan kembalin terjalin


hehehe....tenang sangat rasa jiwa ni bila perkara ini berlaku...Zamzuraini hj Kassim member terbaik aku sepanjang berada di UPSI ni..kami pernah terputus hubungan sebab kes2 tertentu yg membuatkan aku terguris hati.. bila dihitung2 dah hampir setahun kami x berhubungan..pd hal hakikatnya dalam hati ni memberontak2 nak jumpa..masing2 dengan egois masing2..kadang2 berselisih ms jalan2 tp buat2 pandang2 kat lain hehe..klaka plak rasanya..

aku dan ijam mula berkenalan stat mula2 masuk upsi dulu..kami dapat sebilik di kolej KZ..dia ade cerita..masa mula2 masuk kolej dulu dia takut nak tegur aku sb dia kata aku nmpk cam sombong je..itu spesifikasi luaran sahaja..dia blom kenal lagi aku mcm mane hehe..setahun tggl bersama di kolej kemudian kami keluar kolej duduk di rumah sewa di taman bernam baru..masih lg duduk sebilik..agak2 dlm setahun setengah gitu dia berpindah rumah x tau sebab ape..malas la cite kes tu sb ianya dah berlalu..ape yg penting skrg..aku dan ijam kini sudah bersatu kembali..rupa2 nya masing2 sama2 rindu, bila cerita balik ape yg membuatkan kami saling merindui..dah macam org meroyan plak..yelah mana tak nye,,aku klu tgok hanger baju dia pon aku teringat kat dia..dia plak katanya..klu naik moto berenti kat trafik light mesti mengharap terserempak ngan aku... hehehehe...itu menandakan kami mmg jenis sahabat yg sejati..ku pohon moga persahatan ini akan berkekalan sampai bebila..dalam ramai2 kawan kat sini xde seorang kawan pon yg memahami aku seperti mana si ijam ni...yg lepas biarkan berlepas..klu ade tersilap salah harap dimaafi ye ijam hehehe..love u my pren..nt ko balik sini kita g jejalan aku nak belanja ko..yeah!! terima kasih Allah..

luahan hati ini

logo Degree Show Delightful Penang yg dicipta khas drpd geng Publisiti
jiwa sangat stress dan x aman sekarang...terlalu banyak perkara yang berlaku sem ni..x tau lah kenapa..aku terasa macam kehilangan je..sem ni merupakan semester terakhir aku berada di UPSI, untuk final projek Degree Show aku terlibat dengan AJK Publisiti dan Promosi..tugas ajk ni adalah lebih kepada branding degree show ni..kami bertiga (aku, didi , k.njwa) kene memikir byk menda untuk dapatkan satu konsep yg boleh boleh di publishkan untuk final degree show nt yg akan diadakan di Komplek Dato' Kailan, Kepala Batas Pulau Pinang,perasmian 19 Nov 09...tp design yg dikemukan asyik mendapat kritikan aje..tp x pelah redah sama2...klu ikutkan group kami adalah group terawal yg lakukan gerak kerja tp smpai skrg masih blur2 lagi..ya Tuhan tolong lah permudahkan jalan kami tuk harungi semester ini...
dah seminggu lebih rasanya aku duk lepak rumah k.njwa sb nak mintak tunjuk ajar dia dlm penggunaan sofware indesign...aku guna indesign tuk publishkan buku programe degree show..dalam buku ni aku kene muatkan profile2 peserta sekali dgn artwork2 derang ..ade penerangan sikit2 pasal final projek derang..skrg ngah on da way..lg 2 , 3 hari da nak submit huhu...kekadang pk agak menyesal jugak join ajk ni sb x berapa nak bebas dlm berkarya la tp x pelah amik pengalaman kata kan huhu....
lg satu problem, masalah dan tekanan berat...pasal kawan2...aku ni jenis riuh rendah orangnya..kekadang org yg bising2 mcm aku ni x sedar dia ada keterlanjuran kata yg membuatkan hati org terguris..kawan2, kalau ade salah silap harap dimaafi yer..aku insan biasa ada kelemahannye...bukan lah nak memuji diri sendiri..aku klu dlm berkawan aku mmg seorang yg sangat setia kawan dan penyayang org nya dan x pernah berkira (klu aku mampulah hehe).....hmm entah lah..dugaan dunia ni macam2 hal..semua tu nak uji kekuatan diri kita sendirik dan bg pengalaman untuk harungi masa2 akan dtg..ni dugaan time belajar, time kerja nt lain plak..seorang shbtku pernah bg nasihat..dia kata "biarkan saja ape yg berlaku..itu semua dugaan dunia semata2..yg penting kita ade dah ada suami..suami kita syg kita, kita syg suami kita " bes jugak dgr nasihat dia hehehehehe....bahgia je rasa sb suamiku sgt menyanyangi diriku ..dan aku sgt mencintai dirinya..ewahh
lg beberapa hari lg da nak abes sem ni...last exam 19hb 11 pastu terus ke Penang tgok pameran...29hb 11 ada kendurik bertemakan OREN..wah nak kawen lg sekali...x sabo rasanye..kenduri ni semuanya diuruskan oleh kedua ibu bapa mertua aku sampai ke pemilihan baju pun hehhe..sgt beruntung badan dapat mertua yg sangat baik hati...
ok lah...ada satu lg entry yg aku nk buat yg membuatkan aku lg seronok..yuhuuu tata

Thursday, October 8, 2009

sudah sekian lama....

huh...dah lama berabuk blog aku ni..sejak raya hari tu aku asyik skodeng entry org lain je, tp tuk wat entry sendiri malas hehe..ni tetiba je cam mimpi nak wat entry ni, skrg ni bru bgun tdo..actually ni nak cita pasal penempatan praktikal tuk bulan satu tahun depan...result nama dah dikeluarkan oleh fakulti..tersentap jugak bila dapat tahu ne redah ke Kuala Kangsar sana..huhu..makin jauh la nmpk gayanya..nama sekolah yg diberikan adalah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA..rupa2 nya sekolah ni bekas sekolah kak odah, kak odah is my classmate hehe...baru je tahu nama sekolah tapi penempatan rumah, lokasi sekolah tak tau lg huhu...apa2 pun ku doakan moga Allha mempermudahkan segala perjalanan kehidupanku nt ms menjalani praktikal

Tuesday, September 15, 2009

INGATAN TULUS IKLAS DARIKU


hari ni hari terkhir berpuasa di daerah Tanjong Malim yg membosankan ini..huh!! lega esok da nak balik dan terus sambut raya hehehe...di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua sahabat2 blog..rakan2 seperjuangan...SEGALA SILAP SALAH HARAP DI MAAFI DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI..
ape2 pon berhati2 di jalan raya ketika pulang ke kampung nanti...ingatlah orang yg tersayang



Tuesday, September 8, 2009

penilaian makna 'sahabat', 'kawan' dan 'rakan'

sekarang jam menunjukkan pukul 5.20 am..sementara menunggu waktu imsak aku ni tetiba tercetus idea nak buat entry ni...
sahabat, kawan dan rakan..tiga perkataan berbeza yg mempunyai maksud yg sama tapi x serupa..
sahabat..bagi aku terlalu mendalam maksud dia, seorang sahabat sanggup berkongsi apa sahaja yg alami..suka, duka..di dunia ni bukan senang nak mencari sahabat yg setia betol x? tp bg aku sahabat yg paling setia adalah suamiku dan dialah yg sesuai jd sahabatku sehingga akhir hayat..pernah dulu di awal pengajian kat UPSI ni aku menganggap seseorang tu sbg sahabat aku..mmg kami rapat, serasi, kalau time cuti sem mesti rindu-rinduan tapi cecah 2 tahun dia tinggalkan aku mcm tu jer tak tau atas sb apa...masa tu sedih bangat rasanya..mujur ada rakan2 yg lain huhuhu.. sampai skrg aku terkenangkan dia lg...dia budak baik, bukan senang nak cr shbt mcm tu tp apekan daya..dr situ moralnya..kita jgn cepat2 menganggap seseorg tu sbgai shbt sb kehilangan seorg sahbat lg mendalam kesannya berbanding kehilangan seorg rakan atau kawan(org tu pompuan tau)...so skrg sape2 pon aku anggap kawan biasa2 jer
kawan...kawan ni maksud dia x begitu mendalam berbanding sahabat..terdapat macam2 jenis2 kawan..selalu org guna pekataan ni 'kawan makan makan'..kenapa x guna pekataan 'sahabat makan sahabat' atau 'rakan makan rakan' hehehe...kat situ dah memberi makna bahawa kawan itu sangat kurang sempurna karakternya..hmmm..hati2 lah memilih kawan jgn smpai kita kecundang...
rakan plak...rakan ni lg kecil skop dia tapi besar kuantitinya berbanding sahabat..misalnya rakan sekelas @ rakan seperjuangan, rakan karib sama makna juga dgn sahabat hehhe..

*ape pun maknanye...ketiga2 berkataan ni mmg mempunyai nilainya tersendiri cuma kita perlu bijak memilih seseorang sama ada untuk dijadikan rakan, teman atau sahabat...


*have fun....thank you ;p

Wednesday, August 26, 2009

kini kembali tenang....

kenapa ngan diri aku ni..sejak dua menjak ni jiwa aku sangat tak tenang..macam malam semalam memang aku langsung tak dapat tidur sampai ke pagi..gelisah..macam2 yg aku pikir dalam pale otak ni..ttg persekitaran, final project, praktikum, rindu kat membe2 lama..rasa macam risau sesangat..secara jujurnya aku nyatakan bahawa sem ni aku byk bersendirian dan berdikari , ape org nak cakap..mengata..lantak lah yang penting aku tau hala tuju hidup aku dan aku sudah bersuami itu yg paling penting...bagi aku hidup ni perlu ada perubahan kalau nak majukan diri..jangan terlalu bergantung pd org...nak senang bukan senang betul tak?? ape pun mesti kene bermula dr bawah..digabung dgn usaha yang gigih..
betullah apa yg mak aku ajar ms kecik2 dulu..mak aku berpesan, kalau jiwa x tenang, berserabut..mengajilah lah anakku...malam tu mmg aku x selesa sampai pg..pas2 sahur sementara nak tggu subuh aku pun mengajilah dengan berniat untuk mencari ketenangan jiwa..Alhamdulillah..pas2 selesai tu..rasa macam timbul satu semangat baru..bersemangat sgt..seolah2 macam nak buat sesuatu je pg tu hehe..tp agok2 la kan nt pelik plak kawan2 aku...alhamdulillah pas2 solat subuh tu aku dapat lelapkan mata kejap..lega cket rasa...pukul 10 g kampus..mencari jalan yg benar dgn pegi jumpa lect aku..slps diberi keterangan dgn detail untuk final project..baru lah aku nmpk seket..kira lapang la sikit dada ni huhuhu
4-7 hb9 nt insyaAllah aku dan rakan2 lain akan ke Penang untuk collect data..harap2 sumenye bejalan lancar..
ok lah..macam dah merepek je entry aku ni..jap lg nak tdo dah..lenkali jumpa lg..tata





Wednesday, August 19, 2009

apo dah jadi ngan aku??

mak aii...masuk semalam lima hari aku bercoti ..coti sendiri..dua kelas aku ponteng..malas tol aku nk balik sini..kelas nye dah le sejam sehari..pogi pon rasa x bebaloi jek hehe....cerita mggu lepas----------->
mggu lepas aku dan husben balik ke muar, ada perjumpaan family di rumah atok dia..memang happening gila lah g sana..walaupun aku ni org baru dlm fmly tu tapi keserasiaan tu ade lah sb aku pun berasal drpd big family jugak...kira macam dah biasa dgn suasana macam tu...jumaat petang aku balik KL, siap2 mlm tu tak terus gerak tap singgah melantak Mcd dulu hehe..dah tgh malam baru pelan2 gerak ke MUar..aku x mau drive memalam hari dgn alasan rabun malam (padahal nak tdo aje) hehe...sian kat hubby drive sensorg xde org teman...sesampai je terus depan umah..sampai dlm kol 4.30a.m gitu..sesampai je di rumah..mak mertua cakap..."esok pas2 subuh hidayah ikut mak g umah atok dulu sb nak ne bawak periuk besar, derg nak pakai tuk masak nasi, along x yah ikut sb along penat bawak kete, along g ngan ayh pegi tgh hari nt sekali ngan adik faizah" hah?? huhu...balasan yg ditimpa sb aku asik tdo je dlm kete sepanjang perjalanan tadik....tp beh jugak pegi awal2 ke rumah atok, bleh tolong2..wat keje2 yg patut..selalunya klu ada majlis aku suka g awal2 sb kita tau keje nak buat klu dtg lambat2 nt jadi blur2..x tau nak wat ape..dah le aku pendatang baru..kene la pepandai bawak diri...majlis ni sebenarnya permintaan drpd atok..hasrat atok suh anak2 dia suma balik..kompol ramai2 pastu wat bacaan tahlil untuk arwah2..seronok sgt2...stat mgrib kami semua bersembahyang jemaah kemudian baca yasin dan bertahlil..tggu isyak, berjemaah kemudian bersalam salaman sesama ahli keluarga..part yg paling beh time makan..yuhuuuuu BBQ (ikan, ayam, sotong, udang), soto, pagedel..nasi lomak..salad....mak aiii !!! aku hantam belaka sampai moncit perut ni hehehe..dah satel suma2 rehat2 jap pastu kemas2 balik rumah semula...majlis ni akan dibuat setahun sekali kira mcm fmly reunion ler...
x sabo nak tggu tahun depan punye plak...
di bawah di serta kan sedikit gambar ketika majlis tersebut berlangsung..gambar ini di curik drpd blok cik nor (ibu saudaraku) hik heeeeee;)
time makan

sesudah solat..sume bersalam salaman

ni cik acid sedang bg sikit penerangan dan pendapat berkaitan perjumpaan

khusyuk mendengar


itu suamiku dgn kain pelekat nyer :p

ibu dan bapa saudaraku..

ni ngah salam2..telekung pink yg cumel tu..itu lah aku..:p
ngah wat menda tu? cam sedang membelasah org je hahha
p/s.....pandai adik amik gambo..beso nt bleh jadi potograper:p






Monday, August 10, 2009

sinar yang menyinari hidupku....

entah sem ni rase mcm x berapa best sgt jer duk rumah sewa ni..kebanyakan masa aku duk sensorg je dlm bilik..sume wat hal masing2..so byk masa dihabiskan bersama Mr Compaq aku ni..godek sini, godek sana..abes sume aku godek..sebab tu bila datang je hari jumaat terus aku cabut lari balik KL..balik KL abg ade bleh sembang2 ngan dia hehe...sejak bergelar isteri En Hairul ni nape entah..makin hari makin sayang kat dia..masa zaman tunang2 dulu byk wat dek je he..kenapa aku memilih dia sebagai teman hidup? mungkin dah takdir jodohku dengan abg... igt di masa mula2 perkenalan dulu aku menyampah gila tgok muka abg..nyebok je tau..nak berkenalan time aku keje..masa aku wat part time job di cinema kat genting..muka cam poyo2 jek masa tu..almaklumlah baru abes sekolah mesti lah ade gaya mcm budak lagi....mula2 nak ngorat die kasi bisnes kad kat aku, pelik la aku ni..berkata dlm hati.."apasal mamat ni bg name kad die kat aku" aku ambik..tup!! aku selitkan mende tu kat bawah mesin duit..malas aku lyn ..cewahhh jual mahal hehe...masa tu keje shif malam..kol 3 pg abes keje nak balik la kan..siap2 sume aku teringat kat name kad yg dia kasi tu..hmmm aku tya pd kak syikin [salah sorg staff kat situ].."akak, nak ambik ke menda ni ek?" korg tau sb ape aku tye kak syikin tu...sb aku ada satu prinsip masa keje kat genting tu..prinsipnya adalah...jeng2...aku x mau pecaya kat mane2 lelaki pon di genting tu sb bg aku genting tu kan tempat byk org berfoya2...kira anti lelaki la sikit hehe...lame jugak pikir2..igt nak buang je..last2 dgn yakin diri aku amik kad tu selit dlm poket sweter aku..pastu balik la ke bilik...aku kat bilik duk sensorg tau..katil ada 4 tp xde org sumenye entah kemana..ade yg keje lain2 shif..jd x bejumpa ktorg nii...siap2 tuk tdo aku tenung je pd kad tu..ade dua nmbo tepon, nama company die, jwtn die...ceh dgn gediknya aku wat miskol kat salah satu nmbo tu hahha...ape lg En Hairul ni terus je kol...aku saje2 la wat2 tya.."nape awk kasi bisnes kad awk ni kat sy? nak jual ape?" ni mmg ayt konon2 tau..gediks sikit hahaha...bermula dr detik situ lah kami berkenalan..sebulan berkawan terus berkapel, bertunang dan kini berkahwin...waaaahhhh mcm senang je rase melalui liku2 itu..cewahh..org kate kalau dah jodoh tu sume menda jd mudah..caye lah hehe... kini aku bahagia bersama bersama suami tersayang, HAIRULNIZAM BIN HASSAN... ku ucapkan terima kasih pada mak abg kerana melahirkan seorg insan yg membuatkan hidupku bertambah sempurna didunia ini. aku yakin..suatu hari nt abg akan jd seorg yg berjaya dlm kerjayanya..sb melalui potensi yg dia ada skrg aku yakin abg MESTI BOLEH punya..dah kaya nt aku yg paling syok haha..bini bos kate kan kui2=) INSYAALLAH doa2 kan lah yea

ni gambo abg ngah jaga site ms kat genting dulu..aku curik gambo ni dlm hard disk dia haha
ni abg dlm opis...foyoss rambut belah tgh kui;)) 4 tahun lepas

ni plak aku..lagi foyoss hahaha ..3 tahun lepas






p/s...name kad abg kasi tu ade lg aku simpan dlm dompet tuk wat kngn..bleh tunjuk kat anak2 nt mcm mane perkenalan mak ayh dia dolu2 hehe...

Sunday, August 9, 2009

setelah seminggu bercuti

alhamdulillah..keadaan sudah kembali pulih berbanding dengan keadaan seminggu yg lepas..teringat lg malam sebelom pengunguman kuarantin dikeluarkan..mlm tu mmg aku x bleh tdo..diri ni rasa mcm diselubungi misteri..lagi dasyat drpd cerita2 hantu yg biasa aku dgr masa zaman kecik2 dulu..H1N1 !!! huhu..sejenis virus yg mmg skrg sedang hangat melanda manusia di seluruh dunia..bg aku penyakit ni lg bahaya drpd denggi dan HIV..yelah..kedua2 wabak tu berpunca dr sebab2 tertentu kan tapi H1N1 ni xde punca pon bleh berjangkit...virus merebak melaui udara je..waaaaaaaaaa sgt2 bahaya..mmg seram sejuk bila dgr berita2 kat tv tu..skrg dah cecah 26 org meninggal dunia..dikata kan jugak kerajaan laburkan dana 20juta untuk membeli vaksin H1N1 ni dijangka kan keluar x lama lg..cepat2 la penawar tu diagihkan (bayangkan kaya gile la sape pencipta vaksin tu kan) hehe....
ape2 pun sebagai manusia biasa aku selalu berdoa kepada Allah supaya semua ni akan berakhir,,besar sungguh keagungan tuhan..hanya dengan sebaran virus je bleh menggegarkan penduduk manusia di muka bumi ini..ini belom lg azab waktu kiamat nanti..nauzubillah...
mak aku selalu berpesan..selalu berdoa kepada Allah supaya dibukakan pintu rezeki dan jauhkan dari segala sakit dan penyakit....
berdasarkan pada situasi skrg.. kene berjaga2 lagi sb belom 100% lg virus ni dah dihapuskan di kawasan Tanjong Malim..x boleh berjalan sgt kecuali hal2 penting jer...jaga diri semua..jgn lupa pakai mask....

Monday, July 27, 2009

PENERIMAAN TEMPAHAN KUEY UNTUK RAYE NANTI

wahhhh....tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak..bulan yg dinanti2 kan dengan penuh kesyukuran..pastu hari raya ..yuhuuuuu..
dikesempatan ini sy ingin memperkenalkan jualan kuih raya yg di import khas dr pahang dan dibikin oleh kakak sy sendiri (kak cik)..nama kuey ni " SPECIAL SIPUT BILIS"..
sedap tau..sesuai untuk semua peringkat umur..digemari ramai x kira yang muda hingga ke yg tua...
kuey ni rangup dan seronok apabila dikunyah..boleh juga dijadikan sebagai buah tgn untuk bawak balik kampung nanti..memang tak rugi!! di bawah ni saya sertakan visual imej kuey yg sy maksudkan
kuey yg di close up
{dwi klik untuk imej yg lebih jelas}


close up lagi
{dwi klik untuk imej yg lebih jelas}


special siput bilis yg telah di packing rapi
{dwi klik untuk imej yg lebih jelas}


pandangan dr atas..cute je =)
{dwi klik untuk imej yg lebih jelas}


Special siput bilis
{dwi klik untuk imej yg lebih jelas}

butiran lanjut mengenai tempahan :
harga Special siput bilis : RM23 -1kg
:RM12 -setengah kg
:untuk penghantaran pos akan di cas RM1 setiap setengah kg [pos biasa] / kalau x mau di cas kasi setem aje pon x pe hehe =p
:pos laju /ekspress di caj RM5 setiap 1kg
*harga ni sgt2 dan teramat murah jika dibandingkan dgn tempat lain*
sebarang tempahan boleh hubungi sy -EIDA (017-9112008)
ym - eida_hai9863
* kuih ini di tanggung halal dan terjamin kualitinya *






HANGAT !! HANGAT !! mari sertai bersama...

MARI MENJAGA KESIHATAN SAMBIL MENJANA WANG YANG BERGANDA...
JANGAN SEGAN JANGAN SILU...SILA LAYARI KE WEB SITE INI DAN JOINT BERSAMA KAMI...

http://www.perkasa.biz/hairul

hari ini hari isnin....

minggu ni aku rasa seperti lain macam je..bersemangat lebih plak nak study..he mungkin tersemat dalam hati ni kata2 suntikan semangat dr husben kut alhamdulillah..semalam kol 3 pagi adik aku ngadu yg die demam kuat..mintak tolong antar ke klinik secepat mungkin..siap2 kol 8.30 terus ke amik dia kat hostel nak bawak ke klinik..ingat nak pegi klinik panel je..cepat ckit konon..hmmm x bleh harap tol..klinik panel yg terdekat tutup la plak..pusing balik pegi ke klinik kesihatan tnjung malim..mak aii!! ramai gile org tgh tggu turn..klu ktorg dftar jugak time tu alamatnye petang nt pon x dpt2 jmpa doktor..akhirnya pegi lah ke klinik dlm kmpus..aku terpaksa tgglkan adik kat klinik tu sb dah kesuntukan masa..ade kelas kol 10 dgn prof kobkua huhu...kol adik tye pasal perkembangan deman die tu..doktor ckp die kene demam cikukunya [betul ke x ejaan die] hmmmm sian die..aku doakan moga die cepat sembuh lah
huh!! perkara agak mendebarkan ptg td..lg berdebar drpd nak menikah dulu hehe..kene present kat depan kawan2 dlm bahasa omputeh...aku ni boleh la nak ckp omputeh tp bila dah ckp depan org ni huh agak menggeletar la jugak..klu in BM no hal punya..tp sume nye bejalan lancar..cuma kene improve lg english language aku ni tuk masa akan dtg..yea!! english language so easy lah rugi x belajo dr kecik2 dulu..aku x tau lah nape benak sgt bhs inggeris ni..xpe lah ada ms lg nak blaja, i will try my best !! alhmdulillah..walaupun aku agak merapu jugak td tapi aku berjaya jugak buat lect aku tersenyum hehe..ok lah aku nak teruskan usaha tuk siapkan assignment metodologi pendidikan..kamis ni antar...see u later..bye2





Sunday, July 26, 2009

kembali pulang ke tnjung malim...

kembali pulang ke tanjung malim..perkara yg agak membosankan, tapi ape kan daya hidup mesti diteruskan jua...empat hari balik ke rumah di Sentol sgt menyeronokkan..jumpa jiran2 tetangga esp kak wini dan keluarga..dorg skrg ngah sibuk2 mengemas brg sb nak masuk rumah baru..mintak maap byk2 sb x sempat nak tolong kak wini sb urgent ne balik TM ade assignmen nak ne satel...
hari jumaat baru ni pakat dgn membe2 dr UPSI nak g pepustakaan negara..mintak izin abg dulu, so pegi lah kami berlima..Yo Yo OOooo jek mula2 masuk lebri tu..konon la daftar jd ahli..sonok la sb free jek..dlm hati ni berkobar2 nak g pinjam buku nih..ceh carik2 buku..wahhh mmg syok buku yg aku nak ade kat sana huhu...dah kepit ni 3 bijik buku nak pinjam konon..cewah..dgn konpiden nye bawak ke kaunter..yop2 akak kat kaunter tu ckp buku kat aras ni hya untuk rujukan sahaja dik ...huh!!yek2 je ktorg..last2 g potostat je..hehehe tp x pe lah kira puas hati jugak la g sana..balik p lebri g jejalan la sekitar masjik jamek..xde ape pon yg aku beli melainkan jambu batu ngan air tebu hehe..tggu abg balik keje sb abg nak jemput kat stesen lrt..syg nye laki koi ni kat isteri dia..x kasi nye dia aku nek teksi sensorg he....ok lah sambung lenkali plak yer..tata

Tuesday, July 21, 2009

WAaaaaaaaaaaaaaa....









hari-hari mendatang makin mencabar..eseimen dan tugasan makin melambak..tapi makin hari aku jadi makin bosan plak..nape entah huhu..mana perginya semangat2 yg hilang tu...macam mane la nak meredah saat2 final year ni...aduih bosan nyeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrr






Monday, July 13, 2009

Dunia yg indah

minggu yg menyeronokkan..jumaat lepas aku dan abg balik kampung maran..waaa sesampai je di rumah mak cepat2 hidangkan durian ..almaklumlah anak menantu jauh yg balik..lg pun abg x merasa lagi durian kat blakang umah tu..mmg sakan betol makan, puas hati..skrg mmg tgh musim buah..pelbagai jenis buah mmg tgh masak ranum skrg..manggis, rambutan, durian melambak2 kat umah tu..mmg x abes mkn punya..
hari ahad kakcik dan kakzai pon balik jugak..waaahh jadi makin meriah la rumah aku..abg mail g mancing kebetulan dapat plak byk udang galah..huh mmg rezki anak2..tekak la hehehe..rasa mcm x mau balik cini lg dah huhu..abg pun ckp "kejap je masa berlalu kan kalau kt balik kmpung"..huhu nada cam sedey je bunyi nye..duk kl mmg x sonok sgt la..jauh beza ngan kat kmpung..tambahan plak kami ne duk bejauhan,,hari biasa aku ne balik TM (tanjong malim) bila weekend je baru dpt bersua muka..sian abg duk sensorg kat umah tu;( ape nak buat abg kan..ayg masih belaja lgi..x lama dah..ade lg setahun je lg kt bejauhan mcm ni..byk kan bersabar ye syg...
sambung kesah balik kmpung hari tu...siang ari ahadnye tu mkn puas2 buah2 yg ade..abg siap bungkus seguni rambutan nak bawak balik TM kasi kwn2 mkn heheh..mlm ahad tu kol 8 gerak balik ..igt nak terus blk TM..tapi sesampai je d genting sempah, singgah minum2 kejap, rasa mcm nk pengsan je kami berdua huhu..penat bangat..ape lg terus balik kl lah heheh...esok nye baru blk TM...keadaan sudah kembali normal..aku as a student kene teruskan perjuangan hidup..klu bleh nak dapatkan first class degree..insyaAllah..klu dapat kui2..ape2 pun usaha kene diteruskan....jap lg ade meeting tuk final pojek...nt cite lagi yea...daaaaa

Tuesday, July 7, 2009

uwarrrrkkkk



waaaahhh..hari ni dah hari kedua sesi blaja..hukhuu..cam malas2 je lagi..pen, buku sume entah ke mana..g kelas aku pon aku bawak ketas je selai heheh..sem ni da last sem musti nak wat yg terbaik..huhu final pojek x tau lagi nak wat ape..risau pon ade tp aku mesti sentiasa alert lah dgn cabaran2 ni..alah da last koje..nt dah kuar x merasa da nak mcm ni..huhu mesti aku rindu punya..dah kawen pon x halang aku tuk belajar..lagi semangat lagi pe..husben sentiasa kasi sokongan..moral sapot..money sapot hehehe..tagline baru "saya syg hubby sy"...

Sunday, July 5, 2009

alhamdulillah....

salam kembali semua..lamanya x jengah ke blog ni.. hampir dua bulan gitu..he kalau dah balik kampung sememangnye mcm tu lah..malas da nak kuar nyer nak pakai ape2 broadband ye mampu lagi..tapi cuti sem baru2 ni sgt lah bermakna bagiku..selesai segala yang dinantikan..ikatan pertunangan selama 2 tahun dengan pelbagai-bagai dugaan..ye alhamdulilah detik 5/6 /09 aku diijab kabulkan dengan jejaka pilihan hati bernama Hairulnizam bin Hassan..dengan berkat dan iringan doa, wawalaupun majlis idok lah sebesar mana..semuanya berjalan dengan lancar..hmm..tapi ade gak yg terkilan sikit tapi x pelah dah lepas da pun..hehhe..ini ade lah sikit gambo untuk tatapan kengkawan














majlis sambut menantu dirai pada 29/11/09 nnt insya Allah di Muar























































































Friday, April 3, 2009

~mak dan ayah dalam hidupku~

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
berdasarkan firman Allah di atas dapat dinyatakan bahawa betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai anak untuk menghormati kedua ibu bapa kita...hakikatnya kini, aku sgt merindui kedua orang tuaku..apa yang aku dpt rasa, semenjak umur meningkat dewasa ni perasaan dah lain macam, aku lebih byk memikir kearah apa sebenarnya tujuan hidup ini dan bagaimana cara nak membalas budi mak ayah..sesungguhnya tak kan dapat kita balas budi mak ayah kita walau macam mana cara sekali pun. Jasa mereka terlalu besar untuk dibandingkan dengan segalanya..sejak dalam kandungan, dilahirkan kemudian membesarkan dgn penuh kasih sayang..mak aku bernama Noriah bt Husin..seorang wanita yg sgt tabah..ketabahannya sgt aku kagumi..berasal dr Kuantan, seorang anak nelayan yang kematian ibu semasa darjah 4..kemudian terpaksa menjaga adik-adik seramai 7 org..hmmm nak dicerikan mmg pnjg kisah hidup mak aku ni..lame2 nt aku yg menangis =( ..ape yg dpt aku luah disini, I Love u mak I love u Ayah...aku dah berniat dan bertekad untuk wat yg terbaik supaya satu hari nt aku dpt membalas budi dan pengorbanan mereka selama ni...lindungi diriku ya Allah, kau kuatkanlah semangatku untuk mencapai apa yg aku hasratkan selama ini..sesungguhnya engkau maha besar lg maha mengetahui...
esok aku nak balik kampung..ingin menjengah kedua2 org tuaku yg dirindui...selamat semua daaaaa=)

Saturday, March 28, 2009

~erti kematangan~

menurut kamus Bahasa Melayu matang bererti masak manakala kematangan bererti kesempurnaan berfikir..apa yg aku nak tekankan disini adalah mengenai kematangan diri seseorang..bagaimana kita nak menilai kematangan seseorang...hmm ramai kawan2 kata aku nmpk matang dimata dorg..betol ke ek? hehe..ok jugak klu aku dpt gelaran mcm tu..aku penah tye kat derg..aku ni nmpak tua dr usia ke huhu..ada yg berpendapat aku nmpk matang dr segi pandangan dan perwatakan..yeke? haha..wat ever lah yg penting aku tahu siapa diri aku kan...tetapi tak dinafikan yg aku mmg suka berkawan dgn org lebih berusia dr aku iaitu yg berpangkat 'kak' dan 'abang'..ape yg menyebabkan aku mcm ni...mungkin dr segi background fmly kot..aku dah biasa hidup berdikari..pegi mana2 pun x kesah sorg2..mmg dah biasa klu nak ape2 aku akan usaha sendiri..teringat zaman baru abes skolah dulu..teringin sgt nak pakai enset sabun (Nokia ape ntah brand die he=)) tgok org pakai mcm beh je..apa kan daya mampu menjeling2 je lah kan heheh..abes stpm wat part time kat genting selama 4 bulan lebih..last2 dpt beli jugak heee puas hati tp yg paling bes ms tu,, aku sempat bg duit kat mak ayah tau selama 4 bulan tu..bila dpt panggilan upsi, terpaksa berenti kerja nak nimba ilmu tuk jd cikgu plak.....hu melalut la plak....back to the topic...bagaimana kt nak menilai kematangan seseorg..adakah dr segi perwatakan, pandangan atau usia? mak aku penah ckp..org laki ni lambat nak capai tahap kematangan..dah ade anak pon belom tentu dorg matang..kekadang capai anak dua atau tiga org baru dorg bleh berfikiran matang..betol ke ek? hmm..ada pendapat lain mengatakan, benarkah seorang "lelaki" akan matang pada usia 40 tahun. Setakat mana kenyataan ini benar. Pada usia inilah dikatakan akan menentukan baik, buruk kelakuan seorang lelaki itu. Jika ia baik, maka ia akan baiklah sepanjang hayatnya, dan begitulah sebaliknya..klu mcm ni gayanya..aku berpendapat bek kawen ngan lelaki berumur 40 tahun keatas...hahaha x mau lah..nt dpt anak x sempat nak mkn jasa dorg ayah dah meninggal dulu huhu..ape2 pun..hakikatnya, kematangan seseorang bergantung kepada diri seseorang tu..jika dia bijak menilai..laksanakan tanggungjawab dgn betul itulah sebenar lambang kematangan..lagi satu, pengalaman hidup serta berfikiran rasional juga memberi erti kematangan kepada seseorang..so tepuk dada tya diri..siapa diri kita yg sebenarnya...

Thursday, March 26, 2009

~hidup ini~

apakah makna hidup ini? persoalan ini membuatkan aku termenung sendiri..setiap kali bersendirian, mengelamun..mesti aku tepikir pesoalan ni.."apa makna hidup ini?"....bila tgok warna warni pentas persembahan..tgok pejalanan manusia dgn aktiviti masing-masing..tgok kereta lalu lalang..aku slalu mngelamun..dan dlm hati berbisik "bagaimanalah agaknya stuasi kalau aku mati suatu hari nanti..aku xkan dpt melihat warna2 dunia..x kan dpt lg sedut udara..asap ..bau..mendengar..betapa ngerinya waktu itu x dapat aku bygkan..tetapi hakikatnya semua org akan merasai waktu itu iaitu 'mati'...tahun ni umur aku mencecah 23 tahun..rs mcm muda lg tp dlm pale otak mcm2 aku pikir..kerjaya,mak ayh,bakal suami..wah!! betol ke aku nak kawen ni huhu..bagi aku hidup ini memerlukan byk pengorbanan..adakah berkahwin mengorbankan ms depan dan cita2 aku? OOoh tidak mungkin mcm tu..bagimanalah agaknye penerimaan fmly bakal mertua aku nt..tgok bakal suami pun, siang malam die bekerja..katanya semua untuk ms depan kami berdua..aku doakan semuanye berjalan lancar dengan apa yg drancang..aku percaya semua org didunia ni Allah dah tetapkan bahgian masing2..jgnlah kita bersikap cemburu dgn org lain..sesungguhnya cemburu itu membinasakn diri kita sendiri..x dinafikan sikap cemburu mmg satu sikap lumrah manusia normal..klu xde sikap tu bemakna x normal lah org tu hehe.. nasihat aku, sekiranya kita ade tercalit cemburu pd seseorg jgn biarkan perasaan tu menguasai kita, sebaliknya kita doakan kebaikan pd org tu nescaya kita akan rs tenang je..x caya try lah..
apa2 pun berlaku hidup mesti diteruskan..teruskan usaha..percayalah, selagi kita bernyawa..kita aplikasikan lah sebaik mungkin hidup ini..jgn persiakan dgn perkara2 yg merugikan..hidup ceria2 slalu dan yg PALING PENTING...bertakwa dan teruskanlah beribadah kepada ALLAH s.w.t..sesungguhnya dr Dia kita dilahirkan dan kepada Dia juga kita akan kembali..

Thursday, March 12, 2009

Pesan Prof

Info daripada sepupuku


Pesan Prof. Dato. Dr Harun Din Al-Hafiz .Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah Kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. " Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak sukaakan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja..tiada tindakan undang2 yang boleh diambil... Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..." Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... " Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. " Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya.. ..Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)
Dengan ini selesailah tanggungjawab aku. Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru.
Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah ituadalah :
1) AL-IMAN
2) AL-WASAYA
3 )AL-TAJASU
4) DANAL-MUSLIMOON
Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran. com (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat Islam seramai yang mungkin!!!
Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM...."

tomorrow never die

salam semua haha tajuk x berkaitan ngan entry ni tau..saje je taruk...aku baru saje balik daripada kelas kurikulum pendidikan sejarah, lect nye dr mat..huh lega sesgt sb dah lepas satu tugasan dan diberi pujian lagi hehe..berbaloi lah sebab aku rela duk sensorang kat umah then kawan2 lain balik kampung mggu lepas semata2 nak wat tugasan tu..dah muak aku tegok hehe..akhirnya dah lepas...cite pasal planning mggu ni..paling seronok nye...aku nak balik kampung tercinta yg terletak di felda bukit tajau, maran pahang huhu...tapi kene blk sabtu sebab nak g UKM dulu ade kerja nak wat ckit..almaklumlah di UPSI ni sgt kekurangan bhn rujukan..sedey2..sepatutnya bg pendapat aku.sebagai universiti pendidikan tunggal di Malaysia ni mesti lah buku kene byk..dah name nak asuh para2 cikgu..lebrinye agak beso tp kosong aje.klu pegi lebri org lain mcm UM,UKM..hhuh mmg puas hati giler...xpe lah klu x mcm ni x kenal la plak aku lebri org ye dok (loghat pahang) hehehe..then yg paling penting mggu depan aku nak ponteng kelas..yuhuuuuu...=p ok lah setakat sini dulu...jmpa lagi..tata

Saturday, March 7, 2009

minggu yang memenatkan

sekarang dah hampir pukul 3.00am..aku masih lagi bergelumang dengan buku-buku sejarah..keliling aku penuh dgn buku..tdo dlm buku..mimpi pun mimpi buku...itulah pentingnya buku dlm menuntut ilmu pengetahuan...mggu ni aku agak kepenatan tuk siapkan eseimen minor ni..walaupun pulun hampir 24 jam sehari tetapi x siap2 lagi..sabo je ler demi masa depan kate kan...kisah yg menyedihkan..planning mggu ni nk balik kmpung sb nak satel hal kawen ni..tp terpaksa cancel sb eseimen huhu..lect ngamuk2 suh anta ari sabtu..bley plak mcm tu kan..nak wat mcm mne disebabkan nila setitik susu satu tempayan rosak...cite dia mcm ni, ari kamis mlm bru ni setiap group kene bentangkan kajian masing2..aku mintak group aku first bentang..kira bejalan lancar lect pun ckp tuk group kami overall is ok cuma ade skit2 kesalahan ejaan..lega...tapi tiba tang group after ktorg..abes lingkup..dan seterusnya mcm tu jugak..derg wat keje main2..aku sndiri tgok pon x paham..group aku pun wat keje last minit jugak tp boley la dptkan yg terbaik jugak..huhu ape lg ngamuk sakan la die..abes sume kena...kami yg x besalah ni pun disabitkan kesalahan jugak..da x jadi aku blk kmpung sb die nak tgok tugasan tuk present mggu depan nt ari sabtu ni..anta sebelom kol 12 mlm...aku di rumah tggl seorg diri mujur ade membe yg sudi temankan huhu..sem ni mmg agak teruk cket la keje minor..skrg major x sentuh lg ni..Ya Allah ya tuhanku, aku mohon padamu kuatkanlah mental dan fizikalku ini untuk tempuhi alam pembelajaran ku ini..lapangkan lah dadaku dlm penerima segala ilmu..amin....

Sunday, March 1, 2009

teringat kenangan lama....huhu

dah tiga hari tiga malam aku buat keje eseimen tp x siap2 jugak lagi...sakit pinggang melanda diri sebab aku wat keje pakai meja ala2 jepun tu x de kursi..bontot beralaskan kusyen yg nipis tu..maklum lah org bujang...dah siap prepair untuk micro teaching esok, cuma tinggal nak touch up2 je lagi tapi esok pg lah buat...hmmm..tetiba tekenang kat tunang tersayang..cepat2 geledah bekas cd cari gambo2 yg di burn dlm tu..bese lah klu dah rindu heheh...teringat zaman perkenalan ms bru abes sekolah dulu..masa tu rs sku budak beringus je lagi.. sangat indah peristiwa mlm tu..romantik sgt2 hehhe..masa tu mane lah tahu sgt pasal pakwe pakwi ni..untuk pengetahuan korg aku dulu masa sekolah xde kawan lelaki then mmg x suka kawan ngan org laki dan dilabel sebagai anti lelaki heheh..abes skrg amacam!! aku kena 'BOM' ngan kwn2 skolah..derg ckp.."ellllleeeeh anti lelaki konon...tgok skrg?? dlm klgn kita sape dulu yg nak kawen???" haahaha gelak besar je aku..dah jodoh nak wat mcm mana kan...atleast, ade lebih kurang 3 bulan je lg mjlis penikahan kami..preparation tu ade la ckit2 aku buat ...kdg2 aku tertanya2 diri aku sndiri..betul ke aku nak kawen ni?? dah bersedia ke mental fizikal aku?? hmmm bila pikiran kt terlalu complecated sgt bleh jd tensen tau..so aku slow down...wat biasa je..sntiasa membaca..mendengar nasihat kwn2..org tua...aku doa moga Allah memberkati hubungan kami hingga ke akhir hayat...sesiapa yg terbaca entry ini..nak kasi komen..nasihat berasas amat dialu2 kan...
skrg jom lah kt tgok gambar aku ms sebulan percintaan..hehe tgok je jgn komen..



sama2 tgh kurus heh...tp skrg baju ngan seluar aku pakai time ni aku dah sedekah kat anak buah darjah 5..huhu



Sunday, February 22, 2009

kata-kata yg BENAR dan TEPAT

SAYA percaya bahawa sistem pendidikan bertaraf dunia bermula daripada amalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di dalam bilik darjah. Bagi saya sebuah bilik darjah adalah sebuah dunia kecil. Apa yang saya inginkan berlaku kepada dunia akan datang, saya harus memulakannya di dalam dunia kecil itu. Saya adalah “global player” dan sebagai pemain global, taktik seseorang guru ‘bermain’ dalam tempoh 40 minit untuk satu waktu, adalah faktor kritikal yang bakal menentukan kejayaan sebuah dunia yang guru idamkan. Dunia itu bermula di sini-di sebuah bilik darjah, di mana guru memimpin sebuah pasukan yang berbeza dalam banyak hal yang jumlah ahlinya antara 30 hingga 40 orang. GuruBashid

mari renung-renungkan

KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.

(GuruBashid)

Sunday, February 1, 2009

smile meleret...=)





lamenya x wat entry..huhu tgok blog sendirik pon cam bosan inikan plak org lain yg tgok haha..ok lah aku cite ckit my dictionary life ms sebelum blk cuti raya cina ari tu...heheh sebelom blk pahang kene ikut abg balik muar jmpa bakal kuarga mentua..dua ari duk sana..sonoklah sume ada dan sumenye sehat2 belaka..dan paling sonok bile dpt bite adik ipo ngandung..heheh si syarfa..alhamdulilah doa2 moga sume slmt hendaknya..kat sana makan menda2 yg x penah aku jmpa mcm murtabak singapore (ceh mcm g singpore je konon)pd hal kat muar je kedainye, singapore yg dpt nama..mcm2 lah org beniaga ni nak tarik pelanggan katekan...derg bawak jejalan sekitar batu pahat..tp ari tu byk kedai tutop so jalan2 cr barang cket pastu g mkn...wahhh..ni paling beh mkn sata ikan derg...mmg lain lah ngan sata kat pahang punyer...sedap sgt2 tp mkn cket je sb malu nak mintak hahah tgok la klu ade rezki g sana aku nak balun manyak2...yg x puas ati aku oder nasi aym x sedap..hampeh!! nyesal rasa..=(

kat sana duk dua ari je sebab abg cuti x lama so ari selasa tengah hari dah blk pahang...fenat gile pejalanan dari muar ke maran ambik masa 5 jam..fenin..loya sume ade mujur jalan tak bizi sb lalu kut jalan dalam ..lalu muazam syah..5 jam pejalanan tu...itu lah aku kene ngadap bila dah kawen nt klu nak blk kmpung..klu dah ade lesen nt bleh la gilir2 drive ngan abg..xpe lah mula2 je fenin dah lame2 nt ok la kot hehhe...percutian di kmpung selama semggu mmg beh,,asik lepak aje ngan mak pastu klu ayh ade ajak ayh g jalan umah kakak2...ari ahad ptg kol 4.30 dah kene blk TM..abg ajak teman g opis baru dia kat setapak amik2 gambo tuk wat profile pastu berangka....tp ne singgah shah alam dulu sb ade kwn abg ajak g mkn2..kenal2..borak2 x sedo jam dah kol 10 lebih huhuu kol 11 sampai TM trus tombang heeee....ok lah itu aje entry setakat ini...ngah bosan2 ni ari xde kls..esok plak coti lg...tatau nk wat ape huhu..jmpa lagi ye...tata=)

Wednesday, January 21, 2009

PALESTIN!! APA YG BOLEH ANDA LAKUKAN!!

Keganasan Tentera Israel semakin menjadi-jadi, negara Palestin kini hampir lenyap di peta dunia. Hulurkan bantuan anda untuk menyelamatkan Palestin. Tidak banyak, sedikit pun boleh….

Petikan dari web Ustaz Zaharudin.
kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.
Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah’ seperti anda, terlalu ‘berjasa’ seperti anda.
Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)”

Ini antara beberapa usaha yang saya rasa, yang boleh saya dan anda lakukan..

1) Memberikan bantuan kewangan.

Caranya, login ke Maybank2u.
Klik “Accounts & Banking” >> Bill Payment >> Make a One-Off Payment >> View All payees by Category >> Select “Zakat & Charity” >> Select”NSTP Fund for Gaza” / “Mercy malaysia”
Sumbangkanlah seberapa yang mampu. Jika setiap orang rakyat malaysia dapat sumbangkan RM1, insyallah, jumlahnya boleh mencecah sehingga RM20 juta.

2) Boikot Produk Israel & Amerika

Seperti kata
alang, untuk memboikot kita perlukan alternatif . Tetapi, kalau dah takde alternatif lain, nak buat macam mana. Mungkin itu boleh dikecualikan. Kalau yang boleh boikot tu.. boikot la.. kalau tak boleh.. tak mengapalah.
Bak kata Ustaz ustaz zaharudin, tidak boleh banyak sedikit pun boleh. Jika dulu makan McD seminggu sekali, mungkin kini boleh sebulan sekali, sememangnya lagi bagus kalau tak makan langsung..
OTAI Burger mungkin boleh menjadi alaternatif.
Oh yer.. boikot disini.. bermaksud, elakkan MEMBELI yer… bukannya suruh anda membuang produk-produk yang sudah anda beli dan sudah sedia ada di rumah anda seperti komputer dan juga mee manggi kat dapur tu. Yang itu, dah lama beli dan digunakan, tak mengapalah.. tak payahlah buang. Kalau buang.. itu “Teknik Boikot Orang Bodoh” namanya. ho! ho! Kalau anda buang semua produk-produk keluaran amerika yang sememangnya sudah sedia ada di rumah anda.. yang akan terjejas nanti, bukannya ekonomi amerika.. tetapi ekonomi anda. Nanti karang, tak pasal-pasal nak kena beli komputer baru..

Jadi, jangan salah “teknik”… lakukannya dengan teknik yang betul

3) Berdoa

Bagi umat islam, inilah antara usaha yang boleh kita lakukan. Jika seluruh dunia umat islam berdoa memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan palestin. Insyallah doa kita akan dimakbulkan.

4) Sebarkan & ajak rakan-rakan lain melakukan usaha ini.

Sebarkan mengenai usaha ini kepada rakan-rakan anda yang lain, sama ada melalui blog, forum, YM, SMS, email dan apa sahaja medium. Moga akan lebih ramai rakyat malaysia amnya dan umat islam khususnya menyedari dan prihatin terhadap isu ini.
Bagi yang ada blog/website, mungkin anda boleh letakkan banner “Kempen memboikot produk israel dan amerika” ini di blog anda. Anda boleh copy & paste kod banner di bawah. Banner ini telah direkabentuk oleh
saudara sementkus dari wangcyber.com

”Boikot

Wednesday, January 14, 2009

sinar pagi khamis

wah2...awal aku bgun pagi ni..ntah rs cam sonok je pd hal xde pape pon..aku sbenonye ade menda nk ne satelkan hehe editing picture for someone..hampir da nak siap..hope bila dia terima nanti dia happy..weng2...ok lah daa

Sunday, January 11, 2009

bersua kembali..

askum..pd yg sudi menjengah blogku yg x seberapa ni..lame sgt rs x cite2 kat cni..tiap2 ari aku bukak blog ni tp jengah2 blog org je..rs mls sgt nak pitpot2 sb xde ape yg menarik rasenye belaku dlm life aku ni..sume nye bese2 je hehhe...ok lah aku cite lah ckit pasal ari dating baru ni ngan tunang tesyg...beh jgk la sb dah lame kami x jumpa almaklumla 2 bulan cuti sem duk kmpung aje x kua memana..g jejalan sekitar kolumpo..igt nk jejalan cr mkn je tp die ajak beli trus brg2 antaran..so aku ikut aje..shoping org bayo..mmg beh giler=) sedo2 dah ptg trus blk umah..x kawen lg mane bleh jalan smpai mlm2..x baikkk..ngeeee=)
ade stu lg cite...aku bru stat nk amik lesen kete..nebes jugak sb b4 ni aku x penah blaja pape pon psl kete..kwn2 doakan aku bejaya dptkan lesen tu ye...hehehe..x sabo pon ade nih..tgok la nt klu dah ade lesen..nyum2..
ok lah setakat ini dulu..aku dah berjanji ngan diri sendiri supaya akan rajin posting cite kat blog ini..akan dtg jmpa lg...tata=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails