jom ikut ku

Wednesday, January 21, 2009

PALESTIN!! APA YG BOLEH ANDA LAKUKAN!!

Keganasan Tentera Israel semakin menjadi-jadi, negara Palestin kini hampir lenyap di peta dunia. Hulurkan bantuan anda untuk menyelamatkan Palestin. Tidak banyak, sedikit pun boleh….

Petikan dari web Ustaz Zaharudin.
kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.
Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah’ seperti anda, terlalu ‘berjasa’ seperti anda.
Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)”

Ini antara beberapa usaha yang saya rasa, yang boleh saya dan anda lakukan..

1) Memberikan bantuan kewangan.

Caranya, login ke Maybank2u.
Klik “Accounts & Banking” >> Bill Payment >> Make a One-Off Payment >> View All payees by Category >> Select “Zakat & Charity” >> Select”NSTP Fund for Gaza” / “Mercy malaysia”
Sumbangkanlah seberapa yang mampu. Jika setiap orang rakyat malaysia dapat sumbangkan RM1, insyallah, jumlahnya boleh mencecah sehingga RM20 juta.

2) Boikot Produk Israel & Amerika

Seperti kata
alang, untuk memboikot kita perlukan alternatif . Tetapi, kalau dah takde alternatif lain, nak buat macam mana. Mungkin itu boleh dikecualikan. Kalau yang boleh boikot tu.. boikot la.. kalau tak boleh.. tak mengapalah.
Bak kata Ustaz ustaz zaharudin, tidak boleh banyak sedikit pun boleh. Jika dulu makan McD seminggu sekali, mungkin kini boleh sebulan sekali, sememangnya lagi bagus kalau tak makan langsung..
OTAI Burger mungkin boleh menjadi alaternatif.
Oh yer.. boikot disini.. bermaksud, elakkan MEMBELI yer… bukannya suruh anda membuang produk-produk yang sudah anda beli dan sudah sedia ada di rumah anda seperti komputer dan juga mee manggi kat dapur tu. Yang itu, dah lama beli dan digunakan, tak mengapalah.. tak payahlah buang. Kalau buang.. itu “Teknik Boikot Orang Bodoh” namanya. ho! ho! Kalau anda buang semua produk-produk keluaran amerika yang sememangnya sudah sedia ada di rumah anda.. yang akan terjejas nanti, bukannya ekonomi amerika.. tetapi ekonomi anda. Nanti karang, tak pasal-pasal nak kena beli komputer baru..

Jadi, jangan salah “teknik”… lakukannya dengan teknik yang betul

3) Berdoa

Bagi umat islam, inilah antara usaha yang boleh kita lakukan. Jika seluruh dunia umat islam berdoa memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan palestin. Insyallah doa kita akan dimakbulkan.

4) Sebarkan & ajak rakan-rakan lain melakukan usaha ini.

Sebarkan mengenai usaha ini kepada rakan-rakan anda yang lain, sama ada melalui blog, forum, YM, SMS, email dan apa sahaja medium. Moga akan lebih ramai rakyat malaysia amnya dan umat islam khususnya menyedari dan prihatin terhadap isu ini.
Bagi yang ada blog/website, mungkin anda boleh letakkan banner “Kempen memboikot produk israel dan amerika” ini di blog anda. Anda boleh copy & paste kod banner di bawah. Banner ini telah direkabentuk oleh
saudara sementkus dari wangcyber.com

”Boikot

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails