jom ikut ku

Thursday, November 17, 2011

perbualan bayi sebelum kelahirannya

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
salam semua....

amat lama tak update entry kat blog ni...tetiba je hari ni tangan terasa macam nak menaip....
hakikatnya, kehidupan sangat indah apabila kita bijak menghargai nikmat yang Allah bagi..nikmat rezeki..keluarga...tempat tinggal..kalau ikut darah muda memang asik nak stress, merungut, marah..sedangkan yang ada depan mata tu memang dah cukup sempurna..itulah namanya manusia kan, ada saja yang tak kene..terutama sekali aku hehe..
memang tak dinafikan hidup dalam berumah tangga ni byk pancarobanya..tapi makin hari makin stabil apabila aku dapat kawal kesabaran dan belajar untuk menjadi isteri yg memahami..idok la asik nak mengomel aje..dah memangnya aku seorang yg garang tapi dalam hati ada taman tau huhuhu...
hujung bulan ni haikal dah nak masuk setahun umurnya..cadang2 nak buat majlis kesyukuran kat kampung di Maran..buat kat sana syok sebab ramai sedara mara..buat sekali untuk haikal..ibu dan ayah boley gitu? yela senang tarikh besday dekat2..selang 3 hari je setiap org


Tuesday, September 27, 2011

no tittle

salam semua....sudah lama tak update blog ni..banyak sebenarnye yg nak diceritakan tapi...entahlah......saya mmg silent reader yang tegar..hari2 bukak blog tapi suka baca2 entry org lain je..nak update blog sendiri xde mood......

hmmmm...entahlah..diri rasa x best sgt bila pikir2 pasal manusia ni...walaupon manusia itu adalah husben kita sendiri tapi susah nak fahami...entah laaaaaaa..malas nak ckp...

skrg yang menjadi penguat adalah anak kesayanganku, haikal.......manusia tidak pernah nak bersyukur..tak pernah nak menghargai..diluah mati mak, di telan mati bapak....

sudah lah.........byeeeeeeeeeeeeeeee

Monday, June 13, 2011

bermula lembaran baru

apsal tajuk macam org baru kawen jek?? hihi xde lah...entry kali ni berkisah berkaitan dengan kehidupan terkini setelah mak saya balik kampung......

masa cuti sekolah dua minggu hari tu mak buat keputusan nak balik terus ke maran atas sebab2 tertentu..hati saya mmg sedih tapi nak buat mcm mana kan..mak ada urusan yang kene laksanakan..rumah kat kampung tu ..ayah..adik yg bongsu..hmmmm xpe lah kan...

dah konpem mak nk blk kampung sy pon dah terpikir2 sape la yg nak jaga haikal bila dah bukak sekolah nanti..setiap kali lepas solat selalu mohon pd Allah supaya dpt jumpa org yg boleh jaga haikal..kalau boleh nak org mcm mak huhu...

alhmdulillah berkat doa saya dah jumpa pengasuh haikal atas bantuan kak fizah..kak fizah ni org lama kat sini dia kenal ramai org kat kwsn ni..alhmdulillah dah jumpa..umur sebaya mak..org perak..gelaran diri dia sebagai "Opah", Opah sangat baik dan perihatin dan sygkan budak2..dahtry2 hantar haikal..hari petama mmg meraung2 dia..pastu makin ok dan ok...harap2 haikal ok bila ibu dah start kerja nanti...

skrg suma kene bikin sendiri..jaga haikal, masak, kerja rumah, kerja sekolah..dulu2 mak ada mak selalu masak kan...skrg nak masak pon mcm x sempat tp sempat kan jugak..mintak2 dpt kuruskan bdn lepas ni sebab sebok kononnye haha...

skrg haikal demam..panas kepala dia cecah 39 darjah cekcius dah bawak g klinik..doktor kasi ubat demam dan antibiotik..first time haikal demam sejak dia dilahirkan.huhu sedih ibu tengok, Opah pon risau siap suh ambik air penawar kat imam maulud..esok pg nak g umah imam mintak2 tolong.....moga2 haikal sembuh esok pagi...



ibu sayang haikal sepenuh jiwa raga..kalau haikal sakit ibu yang sedih...xpe lah ibu cekalkan hati moga2 haikal cpt sembuh...susah payah kita sama2 ye syg...

Wednesday, June 8, 2011

heppy anniversary to me


5/6/2011..maka genaplah tahun kedua perkahwinan saya dan suami..dan kini kami sudah bertiga dengan kelahiran anak sulung tercinta, muhamad haziq haikal..haikal pon dah nak masuk 7 bulan usianya....

selalu tengok orang lain mesti sambut dgn bermacam2 cara tanda nak raikan hari ulang tahun depa..tapi saya xde pape..diam saje huhhuhu..ucapan xde..kad tade..inikan plak celeberet kat kedai2 mkn....mimpi saje lor...

be happy..........

tapi xpe lah yang penting saya tahu abg sygkan saya dan keluarganya..nak buat mcm mana kan manusia ni bermacam2 ragam..ada yang jenis syg ditunjukkan..ada yang jenis syg tak ditunjukkan..jadi positipkan diri jgn kecik hati...be happy ...yang penting syukur kepada yang maha Esa..pape pon abg i love u forever..kudoakan moga ikatan suci ini berkekalan hingga ke syurga...

hairulnizam & nur hidayah - selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua!!! kihkihkih

Saturday, May 28, 2011

hanya tuhan yang tahu

diri ini,
hanya Allah saja yang tahu..jiwa memberontak, hati tertekan...apa kemahuanku...tiada siapa yang memahami...tak tahu nak curah pada siapa..hanya di ruangan ini mejadi mengubat duka....diluah mati mak, ditelan mati bapak...

ku anggap apa yang berlaku..semuanya adalah DUGAAN...............DUGAAN........redha..

ku yakin suatu hari nanti ada hikmahnya

Tuesday, May 24, 2011

rasa macam pelik dengan blog ni


serius..macam pelik sangat dengan blog ni!! ada org ceroboh masuk ke??... perasan kat widget tepi tu macam lain..pastu di bahagian gadget sebelah kiri ada perubahan...haihhhh saya owner dia saya tau la setting menda2 alah tu kan....nak kena tukar password nih!!! hanginnnnnnn.......

mara ni mara ni........................:(

Friday, May 13, 2011

selamat hari ibu


walaupun hari ibu dah berlalu..x bermakna sy x boleh post berkaitan hari ibu lagi kan ...siapa ibu saya?? ibu saya bernama Pn Noriah bt Husin..seorang wanita yang tabah, cekal mengharungi liku2 hidup yang penuh dugaan...hanya kami anak beranak yg tahu..mak merupakan anak yatim semenjak dia berumur 10 tahun..kene berhenti sekolah jaga adik2..umur 16 tahun dah kene kawen..

hmmmm kisah perkahwinan ngan ayah sy x mau lah cerita..perit jerih membesarkan 9 org anak yg bermacam-macam ragam..bila teringatkan kisah hidup mak sy rasanya boleh dibuat buku...itulah mak sy..semoga Allah merahmati mak hingga ke syurga..sesungguhnya setiap dugaan yang Allah berikan itu ada hikmahnya dan Dia tahu setiap tahap kemampuan hamba2nya...

kadang-kadang sy nampak mak nangis sorang-sorang bila terdengar mslh yg berlaku kat kampung...hmmmm nampak gaya x tercapai impian sy nak suruh mak duduk lama ngan sy kat KL ni..kalau boleh untuk selama-lamanya..dimana sy pergi sy nak bawak mak bersama..baru ni mak ckp cuti sekolah ni mak nak balik terus ke kampung huhuhu....xpe mak..byk masa lagi..kalau suma dah ok nanti sy akan ambik mak semula...apa yang berlaku di kampung???? hmmm masalh kuarga yang x sudah2...sian mak....

semoga sy menjadi seorang ibu yang tabah dan cekal mcm mak sy...mak selalu pesan, "apa yang berlaku dalam kuarga suh jadikan tauladan..didik lah anak2 dgn cara yang elok sebab suma anak2 mak dpt suami yang baik, x mcm mak" .....


inilah wajah dua buah hati saya..mak dan haikal...I LOVE U

Wednesday, May 11, 2011

lega sudaaa..

hari ni 11/5/11 lepas sudah 1 interview penting bg seorg guru untuk sah jwtn DG41..moga2 semua berjalan lancar...persediaan saya buat ala kadar saja..study mana2 yang perlu je..bapok malas giler huhu..

tapi...alhamdulillah saya dpt panel yang agak sporting..Dato' tu hanya tanya pendapat2 dan sedikit saja fakta...saya group 1 dan kena masuk bilik temuduga 1..sekali masuk 4 org..saya orang pertama kene soal.. selalu mcm tu..dulu masa tuk interview posting pon saya org first kene masuk huhu....nasibbb



4 org..4 soalan ditanya tp setiap seorg mesti memulakan dahulu topik yg diberikan..soalan 1 berkaitan falsafah pendidikan kebangsaan (saya la tu)..soalan 2 berkait dgn P&P berkualiti, soalan 3 berkait dgn ko-kurikulum dan yg ke4 berkait dgn NKRA..so far suma berjalan lancar..harap2 semua lulus amin...




p/s - kalau dah sah jawatan DG41 naik ler sikit gajinye...dan kompem sy menjadi cikgu sampai pencen


Friday, April 15, 2011

masih tercari-cari

salam semua...

agak-agak korang kenapa saya buat tajuk entry macam tu?? yea....memang itu lah diri saya sekarang..masih tercari-cari..apa yang saya cari pun saya tak tau

bila baca-baca luahan hati, pendapat, kisah hidup blogger2 lain..macam-macam spekulasi yang boleh di buat...bila baca je menda tu mesti berbalik kepada kisah hidup saya semula..saya adalah seorang cikgu..hurmmmm

tak dinafikan kerja sebagai guru sangat mencabar....plak2 time sekarang ni..sebok nak exam pertengahan tahun..byk pesediaan kena buat..sy guru sejarah, sy juga guru PSV...dua2 subjek sy boleh kuasi sebab dua2 adalah opsyen sy...sedih jugak bila majoriti guru2 petang yg ajar PSV adalah bukan opsyen..ada guru agama, BI, mate, sains..semua blur2....xpe kawan2 kalau x tau boleh rujuk sy yer..sy sentiasa membantu

jadi seorg cikgu..nak tido mlm pon x lelap..memikir mcm mana nak bantu anak2 supaya diorang boleh belajar dan minat nak belajar..baru sy tahu mcm ni lah perasaan cikgu2 sy dulu..huhu

dengan kudrat dan kebolehan yg ada insyaAllah sy akan berjuang mengikut jalan ini....buat masa skrg x tau lg apa yang sy cari...ya Allah ya tuhanku lapangkan dada hambamu ini dalam menerima segala ketentuanmu....amin....

ini sajalah penyejuk hati sy..anak ibu yang somel....

moga2 haikal menjadi anak yg soleh dan bijak bila basar nt..mmmmmuuahh!

Thursday, February 17, 2011

kehidupan sekarang


  • hari ni hari jumaat 18/2/2011..sekarang jam baru pukul 10.15 pagi..haikal dah tido, toilet dah basuh, rumah dah kemas cuma tinggu kain siap dalam mesin basuh,,sementara tu aku bukak blog2 kawan..seronok baca pasal diorang..blok yang selalu aku baca ialah blog adikja, cik mila, kak liya..semua mengenai kisah hidup harian masing-masing...sedih jugak baca kisah kak liya yang berjauhan dengan husna dan abahnye..banyak kan bersabar ye kak..
haikal dan ayahnye solat hihihi
  • kehidupan aku sekarang cam mane plak ? Alhamdulillah cukup sempurna dengan nikmatnya..aku dekat dengan anak dan suami, mak pon ade sekali duk sini..memang xde masalah kerinduan lagi...sekolah pon ok..yang bagusnye sekolah ni adalah tidak menyusahkan cikgu2 sebab sekolah ni pencapaiannye level biasa2 sajek berbanding dengan sekolah yang pencapaiannye tinggi..kalo semua nak bagus yang parahnye cikgu la kan..sekolah ni ala-ala kadar sajek huhu..tapi kena hati2 jugak sebab trend mak bapak org bandar ni lain sikit..suka nak komplain macam2..ada satu kes. ini Puan Ding yang cerita..Puan Ding ni merangkap penyelia petang aku lah..kes ni mmg kes hangat dalam meeting semalam..ada sorang bapak budak cina pernah lempar buku sekolah anak dia kat Puan Ding kata cikgu sekolah ni tak guna sebab x tanda buku anak dia...perghhhh hangin je kan bila dengor mcm tu..padahal mmg anak dia pemalas belajor..g sekolah pon tido je kojenye..puas dah cikgu marah, tengking, pujuk..suma x nak..member aku pon ckp muka budak tu pon mcm tayar jek...poyo...perghh geramnye..nasib baik aku x ajor kelas tu hihi..bapak budak tu mmg selalu salahkan cikgu dan sekolah..misal kata ada sebarang surat siaran dr sekolah..sepatutnya keje cikgu hanya agihkan surat tu melalui anak kemudian anak akan bg pd ayah kan..ini tak..bapak budak tu demand kuat nak suh sekolah pos kat dia...poh palehhhhh bapak mcm ni...ko buat mcm tu cikgu2 lagi menyampah kat anak ko..lantok ler
syukur alhamdulillah
  • SMK Danau Kota ni idok le bagus sgt tempatnye...kebanyakann student2 bertaraf hidup yang sederhana sajek..ramai dr golongan yang duduk di flat2 belakang sekolah tu..tapi trend mak bapak demand mengalahkan org2 berpangkat..pencapaian anak xde lah bagus mana pon..kalo ade aktiviti hampagas la nak dtg especially budak2 cina, tapi kalo budak2 cina x dtg mmg lengang la sekolah tu hihi...
  • Ape pon yang berlaku di sekolah..aku tetap dengan tugas aku sebagai seorang pendidik..terus mendidik anak-anak demi masa depan bangsa dan negara..mudah mudahan kerjaya ini diberkati Allah hingga ke akhirat...
  • alamak! haikal dah merengek..mesin basuh pon dah berdecit tanda kain dah siap..bersiaran lagi kita di entry lain yek...daaaaaaaaa....
love u sayang...mmmuah




Monday, February 14, 2011


assalamualaikum...

lamanye rasa x hupdate belog ni...bukan sebab tak online , bukan sebab tak ada masa tapi entah ler..tabiat kemalasan tu makin mengompol dan terus mengompol..kenkadang tak tau nak cerita apa ntah..hari2 bukak belog org duk baca2 cerita org je hihi.

bercerita mengenai alam kerja sekarang..bergelar seorang guru dah makin menyeronokkan..makin hari makin ada kemajuan..makin hari dah makin mahir nak tackle budak2..di sini ada satu cerita mengenai student aku sorang tu..dia ni student berbangsa cina, apa nama ntah x pasti sangat, aku x dpt nak ingat sgt nama2 budak cina sebab nama derang susah nak sebut yang aku ingat nama2 budak kelas aku jer...ok senang nak sebut aku gelar dia Ah Chan la yek..Ah Chan ni dikenali sebagai seorang 'taiko' di sekolah tu..dia duduk kelas 2F..taiko ni maksudnye dia ketua samseng la pastu si taiko ni ada pengikut2 dia tersendiri..dia ni gemok, selekeh dan selalu mukanya masam jek...aku mmg ajor kelas 2F untuk subjek PSV..mcm mana aku dapat tackle dia ni suh buat keja ??? huihhh makan masa jugak....masa mula2 kelas dulu mmg aku selalu marah dan tinggi suara kat dia..makin kita tinggi suara makin dia melawan..so x menjadi ..buat sakit tekak aku jek huhu


last2 aku guna cara baik...pergi kat dia, ngadap muka dia..cakap pandang mata dia..puji dia..xde barang belajor aku bg pinjam barang aku..last2 dia cair..aku pun x sangka masa masuk kelas untuk PSV minggu lepas ada nampak kemajuan pada Ah Chan..macam x caya plak aku dia bawak satu blok kertas lukisan untuk belajar melukis hehehehe..so minggu lepas aku senang hati nak ajor kelas 2F..dan skrg Puan Ding sengaja lantik Ah Chan untuk jadi pengawas sekolah..dalam tempoh sebulan ni dia masih lg dlm tempoh pengawas percubaan..mana lah tau nanti dia boleh berubah kan..secara x langsung dia boleh tackle anak2 buah dia plak sb dia mmg ada pengaruh besar dalam kalangan budak2 cina yang degil kat sekolah tu......moga2 dia menjadi pelajar yang baik..aminnn

kesimpulannya kat sini boleh aku katakan..kita sebagai seorang guru x perlulah nak garang2 sangat ngan budak..garang bior bertempat la yek..pelajar2 itu anak2 yang taktau pape..kadang2 kat rumah belom tentu mereka dapat asuhan lengkap dari ibu bapa..didik mereka biar dengan senang hati supaya ilmu yang kita ajor menjadi berkat seterusnya dapat bantu mereka supaya mereka terang hati dan boleh jawab exam dan yang penting sekali asuhan dari kita tu yang buat mereka sedor diri dan jadi manusia yang berguna nanti...

cara aku mengajor skrg senang sajek..sebelom ngajo aku warning awal2 " cikgu mengajar secara iklas, sesapa yang rasa x nak belajar, sila keluar sekarang..cikgu x marah...~stop~" bila semua dah senyap..ambik masa setengah minit, pantau semua..bila semua dah bersedia baru start ngajo hihihi.. kan senang.....

Monday, January 31, 2011

OOoooohhh


  • OOOohhh sangat seronok bercuti..sebulan bekerja mcm tak rasa pape..sekolah sesi petang mmg best, masa cepat sgt berlalu dan sangat jimat..buat pengetahuan korang sebulan aku g koje aku hanya berbelanja kurang drpd 10 hengget..caye tak? hihi..mana tak nye hari2 g sekolah bawak bekal, minyak keta incik somi dah siap2 tuangkan..pernah mkn kat kantin sekolah tu dua kali je yang pertama masa hari kokurikulum, yang kedua sebab kene g awal sekolah ade koje sikit...dua hari tu aku kene g awal sebab ada urusan...wahhh!! kalo mcm ni selalu cepat la kaya aku kan hihi...bukan ape bila balik sekolah hari dah malam, dah x bleh nak merayau memana..kalau aku sesi pagi kompem2 dah balik sekolah merayau dulu..tu yang buat habes duit tu
  • OOooohh x sabar rasa nak tunggu hujung bulan dua..kenapa yek? duit gaji nak masyukkkk..gaji pertama berkhidmat sebagai penjawat awam entah bape hengget dpt.. pendapatan dari bulan 11, 12, 1, 2 dan plus bonus tahun lepas..ade capai 10k ke??? OHH x mungkinnnn...aku sudah pasang niat gaji pertama ni nak bg sumbangan untuk rumah dikampung..nak buat ape? ade laaa hihi....selebihnya nak bg mak ayah dan simpan..kalo member2 lain ade yg ambik keta baru seperti kia citra, pesona, naza.. mcm best kan..kalo aku bujang kemungkinan besar aku beli keta baru jugak kot tp dah tawen ni x perlu beli kereta lagi sebab keta incik somi dah ada, motor ? x payah jugak sb dah ada jugak..abg kata kita x payah nak tambah2 hutang..ape yg ada ni kita habeskan bayor dulu..keta pon ade lg 2 tahun moto pon sama..senang lenang nt kita beli rumah terus..itu lah yg ingin dicapai..insyaAllah...keje aku perabih duit untuk si anak ku tersayang je lah hihi
  • OOOoohhh sejak ada anak ni pantang masuk shooping komplek, xde tempat lain yang aku g dulu..kompem2 mesti tempat baby..kurang2 pon mesti aku beli setokin dia..huhu mcm kemaruk gitu tengok barang baby, anak sulong kate kannn..barang2 aku last sekali pikir ..yang penting anak..sangat indah hidup bila dah ade anak..makin hari makin geram tengok haikal....

eee..tumbuk kang haaa

tongok taki caye.......itu yg wat ibu sy geram weeeeee

  • OOOhhhh esok abg dah start cuti..plan cuti ni nak blk muar tp sebelom balik muar nak g jenjalan melaka dulu..agak2 melaka hujan tak ?? mintak2 cuaca ok la esok...dah lm rasa x kluar jalan2..sebelom besalin mmg terperuk kat rumah..dah bersalin kompem2 lg terperuk sb berpantang huhuhu....doakan esok cuaca baik..haikal sudah rengek2 nak nenen la tu..daaaa



p/s - ibu sakai buat entry..rumah hampas x kemas lg ni.....kihkh coti sakan


Wednesday, January 12, 2011

Alam baru

  • salam semua.. lama benau rasanya x membuat entry..almaklum hidup kini lebih bizi drpd biasa. Sekarang dah pegang tiga title..sebagai isteri, ibu dan juga cikgu... wuuuu...agak mencabar tapi sangat menyeronokkan.
  • Sekarang aku dah habes pantang, sekejap je kan masa berlalu, rasa macam baru je lagi keluar hospital ..waktu untuk rehat-rehat dah habes..haikal pon makin hari makin sehat dan aktif..alhamdulillah ibu dan ayah dikurniakan anak yg cukup sempurna sifatnya..ibu dan ayah bajet haikal besor nanti suh jadi doktor..jaga2 la haikal yer hihi...cyg anak ibu mmmuah !

  • Bercerita pasal kerja..walaweh! teruk sebenarnya keja cikgu ni..minggu pertama g sekolah aku hampir demam dibuatnye ditambah lagi dengan kesihatan yang kurang baik lagi, tapi kena gagahkan jugak..agak kelam kabut dan berserabut..bukan masalah nak ngajor budak2 tp masalah keje pengkeranian tu..aku ditugaskan jadi guru kelas 1 Jaya..kelas yang paling 'berjaya' huwaaaaaa...1 jaya kelas yang paling belakang sekali, pelajarnye terdiri daripada budak2 peralihan tahun lepas..so paham2 je la..jenuh jerit2..terang pelan2 tapi x jugak paham....kesiannnn kat aku..bukan senang nak dapatkan keja sama derang..bukan apa derang baru masuk form 1 kan kena lengkapkan fail peribadi tu..dalam fail tu macam2 menda nak kena ada..so sabo je laaa..hari2 aku g panjat ke tingkat atas tuk g kelas derang nak mintak barang2 yang diperlukan...itu cerita pasal pegang kelas..sampai skrg suma tak komplit lagi.....hukhuk
  • SMK Danau Kota majoriti pelajar dari kaum cina..dalam ramai2 kaum, kaum ni la aku kurang gemor sikit..tp yang kurang gemor ni la aku kena ngadap hari2..budak2 cina ni bukan apa cara derang tu mcm kuang ajo sikit..3, 4 minggu ni aku x mau lagi tunjuk belang aku bukan ape sebab aku tau aku sendiri x sehat lagi..kalau aku buat betol2 garang..jerit2 takut effect kat perut..skrg ni aku bior kan dulu..bior2 jugak tapi kalau terlalu melampau terkeluar jugak belang aku ni GGRrrr...Sekolah ni sekolah harian biasa, aku rasa latar belakang student2 sini bukan lah dr golongan2 elit, org biasa2 jek..sebab nampak selekeh je budak2 nya..hihi..okeh nt sambung lagi


p/s - sebenarnya entry ni aku dah tulis 3 minggu lepas..asik tertangguh je kojenye huhu banyak sebenarnya story nak di coret tapi tungguuu... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails