jom ikut ku

Thursday, November 17, 2011

perbualan bayi sebelum kelahirannya

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
salam semua....

amat lama tak update entry kat blog ni...tetiba je hari ni tangan terasa macam nak menaip....
hakikatnya, kehidupan sangat indah apabila kita bijak menghargai nikmat yang Allah bagi..nikmat rezeki..keluarga...tempat tinggal..kalau ikut darah muda memang asik nak stress, merungut, marah..sedangkan yang ada depan mata tu memang dah cukup sempurna..itulah namanya manusia kan, ada saja yang tak kene..terutama sekali aku hehe..
memang tak dinafikan hidup dalam berumah tangga ni byk pancarobanya..tapi makin hari makin stabil apabila aku dapat kawal kesabaran dan belajar untuk menjadi isteri yg memahami..idok la asik nak mengomel aje..dah memangnya aku seorang yg garang tapi dalam hati ada taman tau huhuhu...
hujung bulan ni haikal dah nak masuk setahun umurnya..cadang2 nak buat majlis kesyukuran kat kampung di Maran..buat kat sana syok sebab ramai sedara mara..buat sekali untuk haikal..ibu dan ayah boley gitu? yela senang tarikh besday dekat2..selang 3 hari je setiap org


Tuesday, September 27, 2011

no tittle

salam semua....sudah lama tak update blog ni..banyak sebenarnye yg nak diceritakan tapi...entahlah......saya mmg silent reader yang tegar..hari2 bukak blog tapi suka baca2 entry org lain je..nak update blog sendiri xde mood......

hmmmm...entahlah..diri rasa x best sgt bila pikir2 pasal manusia ni...walaupon manusia itu adalah husben kita sendiri tapi susah nak fahami...entah laaaaaaa..malas nak ckp...

skrg yang menjadi penguat adalah anak kesayanganku, haikal.......manusia tidak pernah nak bersyukur..tak pernah nak menghargai..diluah mati mak, di telan mati bapak....

sudah lah.........byeeeeeeeeeeeeeeee

Monday, June 13, 2011

bermula lembaran baru

apsal tajuk macam org baru kawen jek?? hihi xde lah...entry kali ni berkisah berkaitan dengan kehidupan terkini setelah mak saya balik kampung......

masa cuti sekolah dua minggu hari tu mak buat keputusan nak balik terus ke maran atas sebab2 tertentu..hati saya mmg sedih tapi nak buat mcm mana kan..mak ada urusan yang kene laksanakan..rumah kat kampung tu ..ayah..adik yg bongsu..hmmmm xpe lah kan...

dah konpem mak nk blk kampung sy pon dah terpikir2 sape la yg nak jaga haikal bila dah bukak sekolah nanti..setiap kali lepas solat selalu mohon pd Allah supaya dpt jumpa org yg boleh jaga haikal..kalau boleh nak org mcm mak huhu...

alhmdulillah berkat doa saya dah jumpa pengasuh haikal atas bantuan kak fizah..kak fizah ni org lama kat sini dia kenal ramai org kat kwsn ni..alhmdulillah dah jumpa..umur sebaya mak..org perak..gelaran diri dia sebagai "Opah", Opah sangat baik dan perihatin dan sygkan budak2..dahtry2 hantar haikal..hari petama mmg meraung2 dia..pastu makin ok dan ok...harap2 haikal ok bila ibu dah start kerja nanti...

skrg suma kene bikin sendiri..jaga haikal, masak, kerja rumah, kerja sekolah..dulu2 mak ada mak selalu masak kan...skrg nak masak pon mcm x sempat tp sempat kan jugak..mintak2 dpt kuruskan bdn lepas ni sebab sebok kononnye haha...

skrg haikal demam..panas kepala dia cecah 39 darjah cekcius dah bawak g klinik..doktor kasi ubat demam dan antibiotik..first time haikal demam sejak dia dilahirkan.huhu sedih ibu tengok, Opah pon risau siap suh ambik air penawar kat imam maulud..esok pg nak g umah imam mintak2 tolong.....moga2 haikal sembuh esok pagi...



ibu sayang haikal sepenuh jiwa raga..kalau haikal sakit ibu yang sedih...xpe lah ibu cekalkan hati moga2 haikal cpt sembuh...susah payah kita sama2 ye syg...

Wednesday, June 8, 2011

heppy anniversary to me


5/6/2011..maka genaplah tahun kedua perkahwinan saya dan suami..dan kini kami sudah bertiga dengan kelahiran anak sulung tercinta, muhamad haziq haikal..haikal pon dah nak masuk 7 bulan usianya....

selalu tengok orang lain mesti sambut dgn bermacam2 cara tanda nak raikan hari ulang tahun depa..tapi saya xde pape..diam saje huhhuhu..ucapan xde..kad tade..inikan plak celeberet kat kedai2 mkn....mimpi saje lor...

be happy..........

tapi xpe lah yang penting saya tahu abg sygkan saya dan keluarganya..nak buat mcm mana kan manusia ni bermacam2 ragam..ada yang jenis syg ditunjukkan..ada yang jenis syg tak ditunjukkan..jadi positipkan diri jgn kecik hati...be happy ...yang penting syukur kepada yang maha Esa..pape pon abg i love u forever..kudoakan moga ikatan suci ini berkekalan hingga ke syurga...

hairulnizam & nur hidayah - selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua!!! kihkihkih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails