jom ikut ku

Friday, April 3, 2009

~mak dan ayah dalam hidupku~

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
berdasarkan firman Allah di atas dapat dinyatakan bahawa betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai anak untuk menghormati kedua ibu bapa kita...hakikatnya kini, aku sgt merindui kedua orang tuaku..apa yang aku dpt rasa, semenjak umur meningkat dewasa ni perasaan dah lain macam, aku lebih byk memikir kearah apa sebenarnya tujuan hidup ini dan bagaimana cara nak membalas budi mak ayah..sesungguhnya tak kan dapat kita balas budi mak ayah kita walau macam mana cara sekali pun. Jasa mereka terlalu besar untuk dibandingkan dengan segalanya..sejak dalam kandungan, dilahirkan kemudian membesarkan dgn penuh kasih sayang..mak aku bernama Noriah bt Husin..seorang wanita yg sgt tabah..ketabahannya sgt aku kagumi..berasal dr Kuantan, seorang anak nelayan yang kematian ibu semasa darjah 4..kemudian terpaksa menjaga adik-adik seramai 7 org..hmmm nak dicerikan mmg pnjg kisah hidup mak aku ni..lame2 nt aku yg menangis =( ..ape yg dpt aku luah disini, I Love u mak I love u Ayah...aku dah berniat dan bertekad untuk wat yg terbaik supaya satu hari nt aku dpt membalas budi dan pengorbanan mereka selama ni...lindungi diriku ya Allah, kau kuatkanlah semangatku untuk mencapai apa yg aku hasratkan selama ini..sesungguhnya engkau maha besar lg maha mengetahui...
esok aku nak balik kampung..ingin menjengah kedua2 org tuaku yg dirindui...selamat semua daaaaa=)

Saturday, March 28, 2009

~erti kematangan~

menurut kamus Bahasa Melayu matang bererti masak manakala kematangan bererti kesempurnaan berfikir..apa yg aku nak tekankan disini adalah mengenai kematangan diri seseorang..bagaimana kita nak menilai kematangan seseorang...hmm ramai kawan2 kata aku nmpk matang dimata dorg..betol ke ek? hehe..ok jugak klu aku dpt gelaran mcm tu..aku penah tye kat derg..aku ni nmpak tua dr usia ke huhu..ada yg berpendapat aku nmpk matang dr segi pandangan dan perwatakan..yeke? haha..wat ever lah yg penting aku tahu siapa diri aku kan...tetapi tak dinafikan yg aku mmg suka berkawan dgn org lebih berusia dr aku iaitu yg berpangkat 'kak' dan 'abang'..ape yg menyebabkan aku mcm ni...mungkin dr segi background fmly kot..aku dah biasa hidup berdikari..pegi mana2 pun x kesah sorg2..mmg dah biasa klu nak ape2 aku akan usaha sendiri..teringat zaman baru abes skolah dulu..teringin sgt nak pakai enset sabun (Nokia ape ntah brand die he=)) tgok org pakai mcm beh je..apa kan daya mampu menjeling2 je lah kan heheh..abes stpm wat part time kat genting selama 4 bulan lebih..last2 dpt beli jugak heee puas hati tp yg paling bes ms tu,, aku sempat bg duit kat mak ayah tau selama 4 bulan tu..bila dpt panggilan upsi, terpaksa berenti kerja nak nimba ilmu tuk jd cikgu plak.....hu melalut la plak....back to the topic...bagaimana kt nak menilai kematangan seseorg..adakah dr segi perwatakan, pandangan atau usia? mak aku penah ckp..org laki ni lambat nak capai tahap kematangan..dah ade anak pon belom tentu dorg matang..kekadang capai anak dua atau tiga org baru dorg bleh berfikiran matang..betol ke ek? hmm..ada pendapat lain mengatakan, benarkah seorang "lelaki" akan matang pada usia 40 tahun. Setakat mana kenyataan ini benar. Pada usia inilah dikatakan akan menentukan baik, buruk kelakuan seorang lelaki itu. Jika ia baik, maka ia akan baiklah sepanjang hayatnya, dan begitulah sebaliknya..klu mcm ni gayanya..aku berpendapat bek kawen ngan lelaki berumur 40 tahun keatas...hahaha x mau lah..nt dpt anak x sempat nak mkn jasa dorg ayah dah meninggal dulu huhu..ape2 pun..hakikatnya, kematangan seseorang bergantung kepada diri seseorang tu..jika dia bijak menilai..laksanakan tanggungjawab dgn betul itulah sebenar lambang kematangan..lagi satu, pengalaman hidup serta berfikiran rasional juga memberi erti kematangan kepada seseorang..so tepuk dada tya diri..siapa diri kita yg sebenarnya...

Thursday, March 26, 2009

~hidup ini~

apakah makna hidup ini? persoalan ini membuatkan aku termenung sendiri..setiap kali bersendirian, mengelamun..mesti aku tepikir pesoalan ni.."apa makna hidup ini?"....bila tgok warna warni pentas persembahan..tgok pejalanan manusia dgn aktiviti masing-masing..tgok kereta lalu lalang..aku slalu mngelamun..dan dlm hati berbisik "bagaimanalah agaknya stuasi kalau aku mati suatu hari nanti..aku xkan dpt melihat warna2 dunia..x kan dpt lg sedut udara..asap ..bau..mendengar..betapa ngerinya waktu itu x dapat aku bygkan..tetapi hakikatnya semua org akan merasai waktu itu iaitu 'mati'...tahun ni umur aku mencecah 23 tahun..rs mcm muda lg tp dlm pale otak mcm2 aku pikir..kerjaya,mak ayh,bakal suami..wah!! betol ke aku nak kawen ni huhu..bagi aku hidup ini memerlukan byk pengorbanan..adakah berkahwin mengorbankan ms depan dan cita2 aku? OOoh tidak mungkin mcm tu..bagimanalah agaknye penerimaan fmly bakal mertua aku nt..tgok bakal suami pun, siang malam die bekerja..katanya semua untuk ms depan kami berdua..aku doakan semuanye berjalan lancar dengan apa yg drancang..aku percaya semua org didunia ni Allah dah tetapkan bahgian masing2..jgnlah kita bersikap cemburu dgn org lain..sesungguhnya cemburu itu membinasakn diri kita sendiri..x dinafikan sikap cemburu mmg satu sikap lumrah manusia normal..klu xde sikap tu bemakna x normal lah org tu hehe.. nasihat aku, sekiranya kita ade tercalit cemburu pd seseorg jgn biarkan perasaan tu menguasai kita, sebaliknya kita doakan kebaikan pd org tu nescaya kita akan rs tenang je..x caya try lah..
apa2 pun berlaku hidup mesti diteruskan..teruskan usaha..percayalah, selagi kita bernyawa..kita aplikasikan lah sebaik mungkin hidup ini..jgn persiakan dgn perkara2 yg merugikan..hidup ceria2 slalu dan yg PALING PENTING...bertakwa dan teruskanlah beribadah kepada ALLAH s.w.t..sesungguhnya dr Dia kita dilahirkan dan kepada Dia juga kita akan kembali..

Thursday, March 12, 2009

Pesan Prof

Info daripada sepupuku


Pesan Prof. Dato. Dr Harun Din Al-Hafiz .Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah Kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. " Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak sukaakan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja..tiada tindakan undang2 yang boleh diambil... Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..." Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... " Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. " Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya.. ..Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)
Dengan ini selesailah tanggungjawab aku. Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru.
Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah ituadalah :
1) AL-IMAN
2) AL-WASAYA
3 )AL-TAJASU
4) DANAL-MUSLIMOON
Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran. com (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat Islam seramai yang mungkin!!!
Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM...."

tomorrow never die

salam semua haha tajuk x berkaitan ngan entry ni tau..saje je taruk...aku baru saje balik daripada kelas kurikulum pendidikan sejarah, lect nye dr mat..huh lega sesgt sb dah lepas satu tugasan dan diberi pujian lagi hehe..berbaloi lah sebab aku rela duk sensorang kat umah then kawan2 lain balik kampung mggu lepas semata2 nak wat tugasan tu..dah muak aku tegok hehe..akhirnya dah lepas...cite pasal planning mggu ni..paling seronok nye...aku nak balik kampung tercinta yg terletak di felda bukit tajau, maran pahang huhu...tapi kene blk sabtu sebab nak g UKM dulu ade kerja nak wat ckit..almaklumlah di UPSI ni sgt kekurangan bhn rujukan..sedey2..sepatutnya bg pendapat aku.sebagai universiti pendidikan tunggal di Malaysia ni mesti lah buku kene byk..dah name nak asuh para2 cikgu..lebrinye agak beso tp kosong aje.klu pegi lebri org lain mcm UM,UKM..hhuh mmg puas hati giler...xpe lah klu x mcm ni x kenal la plak aku lebri org ye dok (loghat pahang) hehehe..then yg paling penting mggu depan aku nak ponteng kelas..yuhuuuuu...=p ok lah setakat sini dulu...jmpa lagi..tata

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails