jom ikut ku

Saturday, January 23, 2010

dah start dah....

datang ke sekolah Temenggong ni..bila dengar je opsyen seni mcm2 le kerja kene buat..ade sorang cikgu tu..namanye cikgu suhaimi..dia major in tesl jadi kitorang paggil dia sir..ape yg menarik mngenai sir suhaimi ni..dia seorang yg sangat berjiwa seni..gila dalam pengkaryaan sastera2 melayu, muzik, teater, seni tradisional melayu tp kurang dlm bidang seni lukis hihi..idea dia bercambah2 huu...kata dia walaupun dia pegang opsyen bahasa inggeris tapi bahasa melayu tetap menjadi keutamaan dia..kagum betol lah!! huhu...
dia mmg menunggu2 cikgu seni dtg sekolah tu..so dah dpt kerja..ikutkan prosedur ROS, aku x bleh terlibat dgn aktiviti buat mural tu sb takut menganggu tapi aku nak jugak buat..dgn niat iklas nk tolong lagipon sambil2 tu bleh timba pengalaman kan..masa ni la nak collect sesuatu yg baru yg dtg dari sekolah..dah tentu akan dtg pon, sekolah lah akan jadi tempat punca rezeki..x salah belajar..demi merealisasikan impian sir suhaimi..impian dia nak wujudkan satu sudut pidato di laman budaya sekolah tu..sudut tu dinamakan 'sanggar pidato'..ape lagi aku dan rakan seperjuangan yati..gunakan sebaik mungkin kemahiran yg ada..apabila seni digabungkan dgn digital..terhasillah suatu yg mengagumkan..mural tu blom siap lg..in progress ...layan gambar ini....ZZzzz
















Friday, January 22, 2010

Lembaran baru..semangat baru..

assalamualaikum ...
sudah hampir tiga bulan blog kesayanganku ini diabaikan..bukan sebab malas tp menyampahdgn sikap manusia yg hya berani ckp belakang .. kes ni masa sem 7 di upsi dulu ada seekor serangga yg x puas hati dgn aku buat kacau di sini..aku tak suka org yg mcm tu..drpd berlarutan lebih baik aku privatekan blog ni..xde sape2 bleh masuk..sesungguhnya aku tahu sape org yg berkaitan itu mudah-mudahan kehidupan dia diberkati Allah hendaknya..

skrg dah masuk lembaran baru..hal yg lama sudah dilupakan..aku kini dah memasuki alam praktikal iaitu menjadi seorang guru pelatih selama 5 bulan start dari 18/1/10 - 14/5/10.ditempatkan di sekolah Sek Men Temenggong, Kati Kuala Kangsar. menetap di kuaters guru yg selesa, murah dan aman damai suasanya.. sudah seminggu di sini..semua aktiviti berjalan dgn lancar..mendengar nasihat2 guru2 yg berpengalaman..meninjau sini sana sambil2 buat report ROS dulu..1/2 nt baru betol2 start praktikal..x sabar rasanya nak ngajo hihi :)

banyak hikmah di sebalik kejadian yg berlaku..nape aku ckp gini? ceritanya mcm ni..pada awal2 tau penempatan praktikal aku ditempatkan di sek men raja muda musa..sekolah tu betol2 di pekan kuala..tp keadaan jd kelam kabut sb pengetua rejct nama kami..sekolah tu amik 3 org je guru pelatih ..sungguh demand pengetua itu huh!! kata cikgu cikgi sekolah ni pengetua sekolah tu mmg mcm tu almaklumla berpangkat datin..dipikir2 balik, nasib baik kene reject..ade hikmahnye sb aku dpt sekolah yg sgt best! biarpon di ceruk hulu tp yg penting seronok....


p/s mula pd hari ni..aku nk rajin la update blog ini.. :)

Tuesday, November 3, 2009

sinar hidupku....


hari ini..tanggal 2 November 09 (isnin) bersamaan jugak dgn tarikh kelahiran adik bongsuku, Mohd Karim..aku bersendirian membawa diri pergi ke library utk ulang kaji pelajaran memandangkan exam Metodologi Pengajaran PSV akan bermula 2 hari lg.. di lebri aku mencari satu sudut yg agak terpencil drpd org lain tujuannya adlh utk mendapatkan sedikit privacy. lokasinya agak indah, di tepi tingkap, bertentangan dgn persekitaran bukit-bukau yg hijau, awan yg biru, di selang seli dgn laluan burung layang-layang yg bertebangan.. melihat pd keindahan awan..membuatkan diriku seolah-olah teringin sgt nak menuju ke situ..sangat indah ciptaan Allah..tiada satu pun yg dpt menandinginya...

lebih 2 mggu aku x balik mengjenguk suami tercinta..apalah khabarnya dia di sana..2 3 hari ni dah rasa lain macam je perangainya..aku asik nak merajuk je ngan dia..mungkin dek panahan rindu kut huhuhu..hmmmm..itu rindu pd suami..lg satu rindu yg x diubati lg iaitu rindu pd kedua ibu bapaku..rasanya dah hampir 2 bulan aku x menjengah mereka di kampung...arghhhhhhhhhhhh..berkecamuk rasanya diri ini..final project, final exam, suami, mak ayah..rasa mcm nak menjerit je sekuat hati....

tapi tak mengapalah aku sedar dan aku percaya bahawa Allah sentiasa berada di sisiku. Apa2 pun yg berlaku semua ada hikmahnya. jauh di sudut hatiku rasanya x sabar nak habiskan semester ni, bulan satu start praktikum, lakukan yg terbaik dan graduate....

ya Allah yg tuhanku, kau permudahkan lah jalan kehidupanku utk mencari sebuah kejayaan. sememangnya niat utamaku adalah untuk memberi sinar kebahgiaan kpd kedua org tuanku iaitu dgn meliaht anaknya ini dpt menggenggam segulung ijazah

kini aku sedar..bahawa aku harus lebih tabah dalam mengharungi liku2 kehidupan waktu belajar kerana aku percaya suatu hari nt ia akan menjadi kenangan yg terindah dlm kamus hidupku...

semoga Allah memberkati niat baikku dan memberi kesejahteraan kpd seluruh ahli keluargaku..aminn...

Wednesday, October 28, 2009

renungan untuk diri sendiri..............


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan
biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..


Jangan
mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan
bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.




Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Monday, October 26, 2009

heppy....ikatan kembalin terjalin


hehehe....tenang sangat rasa jiwa ni bila perkara ini berlaku...Zamzuraini hj Kassim member terbaik aku sepanjang berada di UPSI ni..kami pernah terputus hubungan sebab kes2 tertentu yg membuatkan aku terguris hati.. bila dihitung2 dah hampir setahun kami x berhubungan..pd hal hakikatnya dalam hati ni memberontak2 nak jumpa..masing2 dengan egois masing2..kadang2 berselisih ms jalan2 tp buat2 pandang2 kat lain hehe..klaka plak rasanya..

aku dan ijam mula berkenalan stat mula2 masuk upsi dulu..kami dapat sebilik di kolej KZ..dia ade cerita..masa mula2 masuk kolej dulu dia takut nak tegur aku sb dia kata aku nmpk cam sombong je..itu spesifikasi luaran sahaja..dia blom kenal lagi aku mcm mane hehe..setahun tggl bersama di kolej kemudian kami keluar kolej duduk di rumah sewa di taman bernam baru..masih lg duduk sebilik..agak2 dlm setahun setengah gitu dia berpindah rumah x tau sebab ape..malas la cite kes tu sb ianya dah berlalu..ape yg penting skrg..aku dan ijam kini sudah bersatu kembali..rupa2 nya masing2 sama2 rindu, bila cerita balik ape yg membuatkan kami saling merindui..dah macam org meroyan plak..yelah mana tak nye,,aku klu tgok hanger baju dia pon aku teringat kat dia..dia plak katanya..klu naik moto berenti kat trafik light mesti mengharap terserempak ngan aku... hehehehe...itu menandakan kami mmg jenis sahabat yg sejati..ku pohon moga persahatan ini akan berkekalan sampai bebila..dalam ramai2 kawan kat sini xde seorang kawan pon yg memahami aku seperti mana si ijam ni...yg lepas biarkan berlepas..klu ade tersilap salah harap dimaafi ye ijam hehehe..love u my pren..nt ko balik sini kita g jejalan aku nak belanja ko..yeah!! terima kasih Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails